Abang GrabFood Selamatkan Seorang Pakcik Tua Yang Tersepit Dalam Lori

Seorang penghantar makanan dianggap sebagai wira selepas tindakannya menyelamatkan seorang pemandu yang terperangkap dalam sebuah lori terbalik di Boon Lay, Singapura pada Sabtu lalu.

Vide0 rakaman yang dimuat naik seorang pengguna F4cebook, Ryan Hiroshi kelihatan ‘rider’ tersebut menarik keluar seorang warga emas lelaki dari dalam lori sebelum menunggu ketibaan ambulans.

Difahamkan pakcik sekitar usia 70-an itu cuba mengelak daripada melanggar lori sampah yang membuat pusingan secara tiba-tiba sebelum lorinya terbalik di tengah jalan raya.

Menurut laporan, penghantar makanan yang dikenalpasti sebagai Muhammad Riau Alfian itu terus mencampakkan telefon bimbit dan beg makanan ke tepi jalan lalu bergegas sejurus kejadian berlaku.

Posting berkenaan menerima hampir 500 perkongsian serta pelbagai reaksi netzen yang rata-rata memuji tindakan murni penghantar makanan berusia 28 tahun itu.Sumber : Ryan Hiroshi , Today Online

Bangga dengan dia!

Terbaik! Respek

Perlukan ramai lagi wira macam ni!

GrabFood adalah perkhidmatan penghantaran makanan yang membawakan hidangan dari pelbagai restoran tempatan, terus ke tangan pelanggan yang membuat pesanan.Rakan Penghantar GrabFood akan dibayar tambang tetap untuk setiap penghantaran dan ditambah dengan insentif.

Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi Rakan Penghantar GrabFood:
#1.Mempunyai telefon pintar yang berfungsi (iOS atau Android) dengan pelan data
#2.Berumur 18 tahun dan ke atas
#3.Warganegara Malaysia
#4.Mempunyai motosikal sendiri (dengan Lesen Memandu Malaysia yang sah)

Bayaran akan dibuat kepada anda setiap hari.anda boleh memilih untuk membuat penghantaran di mana-mana lokasi di Malaysia, selagi ia berada dalam liputan perkhidmatan GrabFood. Anda hanya perlu ke kawasan tersebut dan log masuk.Untuk menjadi Rakan Penghantar GrabFood anda perlu:
#1.Daftar
#2.Wakil kami akan menghubungi anda untuk melengkapkan pendaftaran.
#3.Lengkapkan latihan dan ambil kit rakan penghantar di Grab Driver Centre, Jaya One*.
#4.Mulakan penghantaran dan jana pendapatan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *