Ajaran ses@t mana mereka belajar ni!-Dr Amalina naik pening netzen percaya wanita beranak ikut lub@ng dvbur

Nama Dr Amalina Bakri sudah tidak asing lagi meniti di bibir netzen sebagai seorang doktor yang dipercayai dan sering menjadi kaunter pertanyaan bagi mereka yang curious tentang hal kesihatan.

Baru-baru ni, Dr Amalina memuat naik instastory berkisar sesi perkongsian kalau-kalau netzen ada pernah mendengar mitos pelik mengenai kesihatan. Yang paling best, Dr Amalina menerima satu soalan sama ada betul atau tak ‘wanita beranak melalui @nus’. Haa?

Soalan tersebut dikongsikan di laman Twitter miliknya.

“Soalan yang saya perlu jawab minggu lepas… ‘wanita beranak melalui @nus’”

Menerusi tweetnya, Dr Amalina menjawab satu pertanyaan pelik iaitu betulkah wanita beranak melalui @nus atau lub@ng dvbur. Ko biar betul dik yang bertanya ni?

Pening dengan soalan yang dikemukakan netzen, Dr Amalina menganggap ‘ajaran sesat’ macam ni sering muncul kalau satu-satu masyarakat tu tak belajar ‘pendidikan se ks’ di sekolah. Alahai macam manalah ada orang boleh percaya benda macam ni ye

Lagi soalan pelik, kalau baby dalam perut allergic?

Selain daripada tu, ada di kalangan netzen juga bertanya sama ada okay atau tak untuk makan telur selepas bersalin sebab ia sering dikaitkan dengan gatal dan boleh sebabkan bernanah.

Menurut Dr Amalina, perkara tu tak menjadi masalah sebab ayam ialah sumber protein yang baik kecualilah seseorang tu alergik dengan ayam atau telur.

TETAPI ada pulak di kalangan netzen yang tanya macam mana kalau baby dalam ‘perut’ tu yang alergik? Ahaa… jawapan Dr Amalina memang sempoi betul bila dia kata baby bukannya ada dalam perut (stomach) tapi ada dalam rahim! Alahai…

“Bukan ke time Form 3 belajar chapter repr0duction. Tak perlu ambil science stream pun memang semua orang belajar benda ni”

Soalan yang dipaparkan dalam tweet Dr Amalina ni mendapat macam-macam reaksi daripada netzen yang pelik dengan tahap pendidikan netzen terhadap ilmu berkaitan tubuh badan. Tak sangka masih ada yang cetek dalam ilmu pendidikan se ks ni.Sumber lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *