“Arw@h Ashraf pelawa saya ke rumah dan tunaikan solat..”-Hisyam Hamid kagumi kemuliaan hati Ashraf

Kenangan dan kebaikan yang dilakukan Allahy@rham Ashraf Sinclair masih menjadi bualan rakan selebriti dan sahabat baiknya termasuk pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid.

Hisyam berkata, sangkaan dirinya arw@h yang ketika itu sudah membina reputasi di Indonesia berlagak sombong, meleset sama sekali sebaik bertemu.

“Arw@h sangat baik dan merendah diri. Saya teringat sesi latihan pada hari Jumaat. Saya, arw@h dan Remy Ishak berlatih sehingga basah kuyup berpeluh. Tanpa diduga, arw@h mempelawa saya dan Remy ke rumahnya untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Jumaat.

“Saya tak sangka dilayan begitu. Arw@h beritahu kami sudah seperti adik-beradik. Daripada situ, terserlah sikap arw@h yang mulia. Beliau sangat menyenangkan dan positif dalam banyak perkara,” katanya kepada BH Online.

Hisyam, Remy dan Ashraf menjadi antara pelakon drama bersiri eksklusif Dosa terbitan Astro yang menjalani penggambaran di Indonesia selama dua bulan pada 2017. Hisyam berkata, arw@h yang memegang watak abang kepadanya dalam drama bersiri itu, juga berperanan sama di luar lokasi.

“Saya jatuh s@kit ketika berada di sebuah pulau untuk menyudahkan penggambaran. Arw@h datang menjenguk di bilik untuk melihat keadaan saya dan memberi minyak terapi.

“Arwah berpesan sapu minyak itu pada kaki dan pakai stokin. Keprihatinan arw@h ketika itu membuatkan saya terharu… Sampai begitu sekali dia mengambil berat kawan-kawan,” katanya yang bersyukur mengenali arw@h biarpun seketika. Hisyam turut kagum dengan tahap disiplin dan dedikasi arw@h terhadap karier.

“Pada sesi pembacaan skrip, arw@h antara pelakon yang banyak bertanya soalan dan memberi idea agar menjadi lebih mantap,” katanya. Paling berharga, kongsi Hisyam, mereka sempat berbual mengenai kehidupan ketika berehat.

“Arw@h mengaku pernah melalui fasa turun-naik dan diuji sejak mula terjun dalam dunia seni sehinggalah berhijrah ke Indonesia selepas berkahwin dengan Bunga Citra Lestari.

“Arw@h beritahu beliau pernah bekerja sambilan di sebuah premis pawagam di Malaysia dan sekarang, beliau jadi rakan kongsi bagi perniagaan sama di Jakarta.

“Di situ, jelas dilihat arw@h bercita-cita besar dan mempunyai impian untuk berjaya dalam hidup,” katanya yang memuat naik entri ucapan takziah diiringi foto bersama arwah di Instagram, sejurus pemergian Ashraf.

Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian Allahy@rham Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *