Mohon Bantuan Para N3tizen Bapa Zahid Dilap0rkan Hilang,

Terbaru, Zahid AF telah memuatnaik kapsyen yang mengatakan ayah nya hilang dan telah memohon bantuan n3tizen yang berada di Teluk Intan supaya membantu nya mencari ayah beliau.

Tulis Zahid ayahnya telah keluar rumah menaiki kereta preve silver bernombor pendaftaran DCS 6092 dan sehingga kini masih belum diketahui lokasi ayahnya berada.

Semoga ada yang prihatin untuk tampil membantu. Semoga pencarian Ayah Zahid dipermudahkan. Sumber IG Zahid via MH

Manakala perkembangan terbaru Zahid sebagai artis. Artikel terbaru berkaitan beliau ‘Saya cuba bertahan’ – Zahid AF2. PENYANYI Zahid Baharuddin, 39, mengakui dia kini terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi mencari pendapatan untuk menyara keluarganya.

Zahid yang mengahwini Sarah Julifa Yusof pada 2013 dan kini mempunyai anak lelaki, Zareef Nufael, 5, berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana karier nyanyiannya kurang memberangsangkan.

Zahid yang juga juara Akademi Fantasia (AF) musim kedua berkata, antara pekerjaan yang dilakukan adalah menjadi pengacara dan menganjurkan acara serta tidak boleh bergantung kepada nyanyian semata-mata.

“Dalam industri hiburan sekarang, saya kena ‘multi tasking’ (serba boleh). Kena buat macam-macam benda dan bukan hanya harapkan pada nyanyian.

‘Pada 2016, saya hasilkan single berjudul Biasa tetapi kurang menjadi. Tahun lalu saya tampil dengan single ciptaan sendiri dan muat naik di YouTube tapi sambutannya tetap perlahan. Buat single duet dengan Maulana AF8 pun kurang sambutan. Benda-benda ini mencabar kita untuk buat lebih baik,” katanya yang pernah dijulang dengan populariti ketika menjuarai AF2.

Zahid yang pernah bergelar penyampai radio di Era FM juga agak ralat kerana kontraknya tidak disambung. “Jika diberi peluang lagi, memang saya suka jadi penyampai radio. Seperti saya kata tadi, kita kena buat semua benda untuk ‘survive’ dalam industri hiburan,” katanya.

Menurutnya, kelebihan bergelar penyampai radio kerana peminat tahu kewujudannya dalam industri hiburan selain mendapat gaji tetap setiap bulan.

“Sekarang saya kena bermula semula. Dalam era yang memerlukan kos sara hidup tinggi memang terasa kesan tanpa kerja tetap,” katanya. Zahid berkata, fokusnya kini adalah untuk bertahan dalam industri hiburan tempatan.

“Saya cuma nak bertahan saja. Memang setiap projek yang saya buat, saya letak harapan besar. Apabila kadang-kadang tak jadi, ada sedikit kecewa tapi tak melunturkan semangat saya untuk terus berada dalam bidang seni. Ini jalan yang saya pilih dan kena teruskan melangkah,” katanya yang kini tampil sebagai penyanyi kumpulan Overall Band. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *