Sebab Orang Dulu Bela Ikan Puyu Di Rumah

Pernah dengar tak orang tua-tua ada pesan memang elok untuk kita bela ikan puyu kat rumah, katanya ikan ini dapat menghalau h4ntu atau makhluk halus. Selain itu ianya dapat menghalang perbuatan puk4u dan s1h1r yang hendak ditujukan pada penghuni rumah tu. Cuma persoalan yang nak ramai tahu, apa signifikan antara h4ntu dan makhluk halus dengan ikan puyu? Kenapa mereka takut sangat kat ikan ini?

Kepercayaan misteri yang dikaitkan dengan ikan Puyu, “Ikan puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan”. Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa. Keupayaan ikan puyu sebagai pelindung rumah ialah versi paling kerap didengar. Ramai membela puyu bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu puk4u!

Mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa puk4u tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga. “Puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah,” namun kita harus ingat setiap ciptaaNya ada kelebihan dan ketentuan Allah SWT.

Lebih menguji akal logik, ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu dikatakan sebagai alat mainan yang digemari t0y0l dan orang bunian! Dalam penceritaan lain, ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk sy4itan dan j1n. Duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kebal makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.

Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu. Walaubagaimana pun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyihir atau menyantau orang lain. Sumber dari Terlajakvir4l

Di sini kami cuba mencari penjelasan mengenai kisah ikan puyu. Perkongsian dari Al-Syaikh Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir (Al-Jarumi) yang pernah menjelaskan soalan berikut, apakah membela ikan puyu dapat menghindarkan diri dan keluarga daripada gangguan sy4itan? Jawapan Beliau, Saya tidak mengetahui dalil bagi isu ini. Mungkin ada amalan pemeliharaan ikan puyu atau haiwan tertentu bagi mengelakkan gangguan sy4itan dan s1hir.

Tidak salah untuk membela ikan puyu, ia adalah sekadar ikan sahaja. Seeloknya untuk kita lebih rajin membaca al-Quran seperti surah al-Baqarah. Mengenai surah ini terdapat riwayat yang lebih pasti, seperti rumah yang dibacakan surah berkenaan maka ia tidak akan dimasuki oleh sy4itan. Dalam riwayat hadis lain, sy4itan tidak akan memasuki rumah yang dibacakan surah al-Baqarah selama tiga hari.

Dalam riwayat lain, surah al-Baqarah tidak mampu ditembusi oleh ahli s1hir. Antara maksudnya ialah s1hir tidak akan berjaya jika seseorang itu rajin membaca surah al-Baqarah. Terdapat juga riwayat tentang kelebihan membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah iaitu ayat 285 dan 286.
Sesiapa yang membaca dua ayat ini pada waktu malam maka mencukupi baginya. Kemungkinan antara maksudnya ialah pemeliharaan Allah dengan berkat bacaan dua ayat ini, begitu juga dengan membaca ayat Kursi. Sumber dari Utusan Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *