Bercukur Dapat Membuat Wanita Lebih Yakin

Ramai yang percaya mencukur bulu roma mendatangkan mudarat pada kulit. Kenapa ya? Inilah mit0s dan fakta yang perlu anda ketahui… TUMBUHNYA bulu pada anggota tubuh seperti tangan atau kaki terkadang dianggap mengganggu penampilan diri. Dan apabila anda kerap mencukur bulu roma pada tubuh, adalah lebih baik jika anda menukar alat pencukur s3kurang-kurangnya sebulan s3kali.

Ada yang perlu bercukur setiap hari atau selang beberapa hari bergantung kepada genetik dan kepantasan bulu roma mereka tumbuh semula. Wanita yang mengambil langkah untuk bercukur mahu kelihatan bersih dan kemas, s3kali gus menyuntik keyakinan dalam penampilan.

Wanita yang bebas daripada bulu roma dilabel seorang yang menjaga penampilan diri. Mereka bercukur sama ada di pusat perawatan kecantikan atau melakukannya sendiri di rumah.

Namun, ada segelintir yang yang lebih selesa menyembunyikan bulu roma kerana percaya pada mitos bahawa bercukur akan membuat keadaan bertambah teruk. Ya, memang benar ada beberapa mit0s mengenai bercukur yang dikhabarkan akan memberi mudarat. Tetapi sejauh mana kesahihannya? Di sini, InTrend kongsikan mitos dan fakta berkaitan mencukur bulu roma khas buat pembaca semua.

Bercukur menyebabkan iritasi s3kali gus membuat kulit kering dan bersisik? Tidak benar! Salah satu cara untuk memastikan mencukur dilakukan dengan baik adalah membersihkan kulit terlebih dahulu. Ini akan membantu mengenyahkan sel kulit m4ti (lapisan luar kulit yang kasar) dan kotoran yang menyumbatkan pori. Malah bercukur juga menjadikan kulit anda licin dan halus. Anda juga disaran mengoleskan pelembap setiap kali selepas bercukur bagi memastikan kulit kekal lembap.

Pisau cukur baru lebih berisiko membuat anda luka kerana terlalu tajam? Juga tidak tepat! Cukuran yang sempurna akan diperolehi ketika pisau cukur meluncur laju pada kulit. Ini dipengaruhi oleh ketajaman pisau cukur selain rutin perawatan kulit anda seperti penggunaan krim cukur dan sebagainya.

Namun yang penting pisau cukur mestilah bersih. Pisau yang tumpul akan membuat bulu roma terpotong dengan tidak sesuai yang bisa menimbulkan kemerah-merahan pada kulit. Apabila anda sering mencukur bulu roma, ada baiknya pisau cukur kerap diganti s3kurang-kurangnya seminggu s3kali.

Pisau cukur lelaki dan perempuan adalah sama? Tidak benar! Pisau cukur lelaki dan wanita berbeza. Pisau cukur Gillette Venus ComfortGlide Baru direka khas untuk wanita dengan cirinya berkepala bulat, dilengkapi dengan gel yang fleksible menjadikannya sesuai untuk lekuk tubuh wanita.

Ayuh InTrenders, kita mulakan rutin harian yang baru dengan membuang bulu-bula roma pada badan! Mulakan rutin bercukur dengan mandi air suam bagi melembutkan kulit, merehatkan f0likel dan menjadikannya lebih mudah dicukur. Kemudian sapukan gel, lalu dicukur dan akhirinya dengan olesan pelembap agar kulit halus, lembut dan lembap sepanjang hari. Sumber intrend

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *