“Buat Hal La, Kalau Bini Aku Tahu Macam Mana” – Amar Baharin Dapat Nota Cinta Atas Tisu, L1hat Reaksi Amyra Rosli

Pelakon Amar Baharin ada berkongsi video pendek dirinya ada mendapat ‘nota cinta’ yang tertera tulisan ‘i love you’ yang diselitkan di cermin keretanya.

Berseoloroh bagai tidak mengetahui siapakah gerangan yang mengirimkan nota di atas tisu itu, Amar lantas menulis kapsyen yang cukup sweet!

“Semalam balik shooting, dapat satu nota… selit kat wipers. Buat hal la, kalau bini aku tau mcm mane??? dia tak tau ke aku ni anak sorang..nak masuk 2 dah,” tulisnya.

Lalu, perkongsian tersebut menerima pelbagai k0men netzen kerana ada yang terperasan akronim ‘ar’ pada hujung nota berkenaan yang secara jelas merujuk kepada ‘Amyra Rosli’.

Malah, isterinya juga dilihat turut meninggalkan k0men iaitu;

Untuk rekod, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi, 2 tahun.Pasangan ini juga sedang menantikan rezeki zuriat kedua dan Amyra dijangka bersalin awal tahun hadapan.Foto: Inst4gram Amar Baharin

PELAKON Amar Baharin berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Amyra Rosli kini sedang hamil tiga minggu.Menerusi perkongsian rakaman video bersempena sambutan hari ulang tahunnya yang ke-34 yang dilakukan saluran YovTvbe miliknya hari ini, Amar menyifatkan berita tersebut sebagai hadiah hari lahir yang cukup bermakna buat dirinya.

“Hari ini 1 Julai 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya #AmyraRosli bagi hadiah pregnancy test.

“Alhamdulillah syukur. Semoga semua dapat mendoakan agar Amyra dan baby dalam kandungan,” tulis Amar.Berita itu juga turut dikongsi Amar di Inst4gram miliknya pada masa yang sama.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH atas rezeki ini,” luahnya.Rata-rata peminat dan pengikut Amar tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini, selain doa buat bayi mereka yang bakal lahir nanti.Sumber sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *