Cara Menghilangkan Rasa Cemburu Buta

Sudah menjadi lumrah kehidupan akan ada perasaan cemburu sesama pasangan. Jom ketahui cara mengatasi cemburu di sini.. Perasaan cemburu adalah lumrah dalam perjalanan hidup, namun jika terlalu berlebihan ia boleh menjadi salah satu punca utama yang menyebabkan keretakan sesebuah perhubungan.

Ketika seseorang itu cemburu, segala sesuatu menjadi sangat buruk di matanya. Perasaan cemburu, lebih-lebih lagi ‘cemburu buta’ bakal mengundang rasa sakit hati yang menyakitkan serta boleh merosakkan akal dan fikiran manusia. Kebimbangan yang berlebihan terhadap pasangan turut mengakibatkan anda hilang kepercayaan dan terus diselubungi perasaan takut. Pelbagai prasangka yang belum tentu betul mula timbul.

Memanglah bagi sebagaian orang, cemburu itu dipandang sebagai ‘bukti’ daripada perasaan cinta dan kasih sayang. Tetapi haus diingat, jangan salah cemburu kerana ia boleh menghancurkan sebuah perhubungan! Artikel kali ini akan memberikan beberapa cara atau tips bagaimana mahu mengatasi rasa cemburu anda pada pasangan atau seseorang.

Beri masa dan ruang buat diri sendiri. Rasa cemburu selalunya datang beriringan dengan rasa curiga. Ketika perasaan itu dating, jangan terburu-buru terus menyerang pasangan anda dengan sejuta pertanyaan.

Carilah dan tentukan sedikit waktu untuk anda mengatasi sifat cemburu anda. Nilailah setiap kebaikan atau keburukannya pada hubungan anda. Ingati apa kesannya pada anda dan si dia tiapkali anda cemburu.

Jika anda mula berasa bersalah terhadap diri anda kerana sering berasa cemburu terhadap orang lain, anda akan berasa semakin dengki terhadap orang lain. Tak elok bersikap sebegini, jadi terimalah rasa cemburu anda itu dengan sebaiknya, hadapi secara positif dan terus melangkah maju.

Horm4ti pasangan anda. Si dia juga sama seperti insan lain,sama seperti anda,punya hak dan berhak untuk menilai kebaikan/kecantikan orang lain yang berada di s3kelilingnya.

Penting bagi anda mempercayai pasangan, walaupun ia memang tidak semudah yang diucapkan. Tetapi berfikirlah positif sambil berusaha. Anda boleh membuktikan pada pasangan bahawa anda boleh memegang teguh komitmen bersama.

Mungkin dengan menunjukkan keseriusan anda dalam menjalinkan hubungan tersebut juga akan membuatkan si dia turut berusaha mengimbangi dan menghargai anda sebagai seorang yang penting dalam kehidupannya. Kenalpasti faktor penyebab. Anda harus mengenal pasti apakah sebab musabab yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan.

Adakah ia disebabkan oleh peristiwa hitam yang pernah berlaku pada anda sebelum ini? Atau anda kurang percaya dan yakin pada pasangan anda? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri? Maka nilailah sendiri dan jangan bertindak terburu-buru. Sumber wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *