Cara Mudah Untuk Menabung Simpanan Buat Masa Hadapan

Zaman s3karang yang makin mencabar ini terlalu banyak menuntut perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan. Di sini kami kongsi beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk menabung untuk hari hujan di masa hadapan.

Simpan RM1 Sehari. Mungkin bunyinya terlalu mudah dan terlalu rendah, namun berapa ramai antara kita yang ada RM30 pada hari sebelum gaji masuk? Rasanya lebih ramai yang tiada daripada yang ada. Simpan hanya RM1 sehari dan anda akan ada RM365 dalam setahun. Dalam lima tahun, jumlah simpanan boleh mencecah RM1,825 – cukup untuk ganti mesin basuh baju atau peti sejuk yang biasanya akan rosak dalam tempoh masa yang sama.

Jangan pandang enteng pada jumlah simpanan yang sedikit, kerana ia mampu membantu di kala bajet bulanan sedang sesak. Simpan Setiap RM5 Yang Anda Ada. Buka dompet dan keluarkan semua nota RM5 yang anda ada, dan simpan dalam tabung. Apabila anda membuat bayaran dengan nota besar dan menerima baki, sila masukkan setiap RM5 yang anda terima ke dalam tabung.

Jika anda berbuat begini hanya 2 kali seminggu, anda dapat menyimpan RM520 setahun. Jumlah simpanan selama lima tahun = RM2,600. Tulis Matlamat Anda Dengan Terang. Kini anda tahu berapa yang mampu anda simpan sebulan (dan mungkin lebih banyak lagi daripada amaun di atas), tuliskan ia dengan besar dan jelas dan paparkan pada tabung anda atau tempat anda simpan duit tabungan.

Cara ini dapat membuatkan anda lebih teruja untuk menabung setiap kali terpandangkan ia. S3kurang-kurangnya, ia dapat mengingatkan anda kepada matlamat anda. Mahu main psik0logi ke atas minda anda sendiri? Tambahkan perkata “Jer” pada amaun anda, contohnya “RM520 jer”. Ia akan mengingatkan anda bahawa amaun ini tidak mustahil untuk dicapai dan anda patut boleh melakukannya.

Tinggalkan Kad Kredit dan Kad ATM Di Rumah. Sebelum berbelanja, misalnya ke pasaraya untuk membeli barang makanan, rancang perbelanjaan anda dan bawa wang cukup-cukup hanya untuk membeli barang keperluan – dan mungkin sediakan sedikit untuk isi minyak kereta atau motorsikal dan bayaran parkir (elakkan tol jalan raya sebanyak mungkin).

Tinggalkan kad kredit serta kad ATM bank di rumah agar anda dapat mengelak daripada terlebih membeli barang yang tidak perlu dan juga tidak dapat mengeluarkan wang daripada mesin ATM. Ini hanya sedikit tip-tip untuk menabung cara mudah secara kecil-kecilan, namun anda dapat merasai bagaimana ia dapat membantu ketika waktu kecemasan.

Pun begitu, kadang-kala jumlah tabungan anda mungkin tidak mencukupi atau belum mencukupi untuk sesuatu bayaran yang penting dan perlu dilunaskan segera. Ialah, menabung secara kecil-kecilan mengambil masa yang lama. Jangan susahkan orang lain, terutamanya ahli keluarga anda. Anda masih boleh membuat pinjaman runcit daripada pemberi pinjaman berlesen seperti Doctor Ringgit bagi membantu masalah anda.

Setelah anda membayar balik jumlah pinjaman dalam tempoh secepat tiga minggu, anda bolehlah menyambung amalan menabung sehingga matlamat anda tercapai. Sumber doctorringit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *