Cara Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat Tanpa Sebarang Produk Kesihatan

Kalau azam anda masih belum tercapai, pakai baju masih ketat, seluar hampir tak boleh nak zip, terkeluar semua spare tyre yang tak berapa cantik, tengok cermin rasa tak best. Jom kami kongsikan cara kuruskan badan dalam masa 30 hari yang selamat dan berkesan.

Kawal Pemakanan- Cara Kurus Dengan Cepat. Untuk kurus, perkara paling penting yang wajib anda buat ialah kawal pemakanan. Biasa kita dengar orang kata, sifir untuk kurus ialah 80% pemakanan, 20% senaman.Inilah rahsia cara kuruskan badan dengan cepat.

Kawal kalori harian. Secara amnya, jumlah kalori yang diperlukan setiap hari jika anda dalam proses untuk mengurangkan berat badan ialah 1500 kalori untuk wanita, 2000 kalori untuk lelaki. Pastikan pengambilan kalori harian anda tak melebihi jumlah yang kami nyatakan tadi. Macam mana nak kira jumlah kalori yang anda makan? Boleh install application yang membantu anda mengira kalori.

Pilihan makanan. Untuk kurus, elakkan makanan yang bergoreng & berkuah. Pilih makanan yang dikukus, dibakar, dan digrill. Kurangkan garam & gula dalam masakan. Elakkan penggunaan serbuk perasa. Untuk sayur-sayuran, ulam-ulaman adalah lebih baik berbanding sayur yang digoreng.

Jangan makan nasi berpinggan-pinggan. Paling mudah, gunakan penumbuk anda sebagai garis panduan. Banyak mana nak ambil nasi? Ambil sebesar penumbuk. Lebihkan sayur-sayuran. Lepas makan minum teh hijau tanpa gula.

Tips utama untuk kurus ialah makan sedikit tapi kerap. Kalau lapar? Anda boleh snacking. Tapi awas, jangan snacking dengan cempedak goreng, keropok lekor atau popia bersira. Tukar kepada kekacang, salad & buah-buahan.

Kalau nak kurus, elakkan daripada makan pada waktu malam. Pastikan anda makan malam sebelum p0kul 8.00. Disiplin sangat penting kalau nak kurus. Teh hijau atau green tea sememangnya membantu anda yang ingin menurunkan berat badan. Ia bukan sahaja membantu mengisi perut yang lapar, ia juga boleh mengurangkan masalah perut masuk angin dan kembung. Ia membantu membakar kalori. Tapi ingat, bancuh tanpa gula.

Senaman. Seperti yang kami sebutkan diatas, sifir untuk kurus ialah 80% pemakanan, 20% senaman. Senaman bukan sahaja membantu untuk membakar kalori, malah ia juga membantu untuk muscle toning.

Percaya tak kalau kami kata, orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai p0kul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak?

Itulah dia cara kuruskan badan dalam masa 30 hari yang selamat dan berkesan. Amalkan tips yang kami senaraikan tadi secara konsisten, anda pasti akan tersenyum selepas 30 hari. Kami jamin, baju anda akan rasa longgar. Naik atas mesin penimbang, anda senyum sampai ke telinga. Selamat kuruskan badan! Sumber bidadari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *