“Cepatlah Kahwin, Nanti Ada Lagi Cerita Nak Sond0l BF Kau”

Sudah hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, Ruhainies memberitahu dirinya belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr.E. Sebelum ini, Ruhainies mengakui dia tidak mahu ded4hkan wajah kekasih kerana bimbang dirampas. Baru-baru ini, Ruhainies berkongsikan beberapa keping gambarnya bersama kekasih sempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27.

Memang r0mantis sangat pasangan tersebut. Menerusi foto dikongsikan, ahli perniagaan itu segak mengenakan sut biru dan Ruhainies tampil cantik mengenakan gaun putih. Diruangan komen, rata-rata peminatnya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan hari lahir pada Ruhainies.

Dalam pada itu, ntizen memberikan k0men sindiran meminta pasangan itu segera berkahwin supaya tiada lagi cerita ada wanita lain cuba merampas kekasihnya.

Terdahulu, Ruhainies memberitahu dia lebih selesa jika memberikan laluan terlebih dahulu kepada kakaknya, Nur Risteena untuk berumah tangga yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. SUMBER MEDIA HIBURAN via rotikaya

Artikel berkaitan “Betul, Kekasih Hadiahkan Jam Tangan Berharga RM17,000”. Kecoh kebelakangan ini apabila netizen mula bercakap mengenai jam tangan Ruhainies yang bernilai RM17,000. Mengakui nilai jam tangan itu benar, Ruhainies memberitahu jam itu dihadiahkan oleh kekasihnya tahun lalu.

“Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan”

“Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan”

“Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja. Kalau cincin nak merisik atau bertunang belum lagi”

Selain itu, sebelum ini juga kekasih Ruhainies yang dikenali sebagai Mr E pernah menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas sebagai tanda cinta mereka dan melamarnya berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.

“Selepas itu, baru fikir saya pula. Kami sudah ada perancangan ke arah itu, cuma belum ditetapkan bila. Kalau boleh, biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak ke mana,” katanya. SUMBER Harian Metro via rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *