Ciri Lelaki Idaman Wanita

Ciri-ciri lelaki idaman wanita. Jom ketahui ciri-ciri lelaki idaman wanita memandangkan pada zaman s3karang lelaki sejati tidak terbatas pada paras rupa mahupun bentuk tubuh yang tegap semata-mata.

Syarat utama menjadi lelaki sejati dan berkualiti adalah mempunyai karier tetap sebagai jaminan di masa hadapan.sungguhpun begitu, sebagai seorang wanita anda harus berhati-hati dalam memilih teman hidup. Ramai wanita yang beranggapan bahawa lelaki sejati dan berkualiti itu adalah lelaki yang tampan dan memiliki banyak wang, padahal tidak semestinya. Ciri-ciri lelaki idaman wanita

Pertama, beragama dalam ibadah. Ini adalah antara ciri yang paling penting s3kali. Sebab apa, sudah tentu anda akan mengimpikan seorang lelaki yang boleh menjadi pendorong iman anda suatu hari nanti.

Kedua lelaki yang berilmu dan berpendidikan. Ilmu itu penyuluh dalam kehidupan. Jadi, sebab itulah anda mesti berusaha untuk mencari ilmu seberapa banyak yang boleh. Ilmu juga tidak datang akan bergolek menghampiri kita, kalau kita sendiri tidak mencari. Pepatah ada menyebut, “tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad”.

Ketiga seorang yang penyayang dan penyabar. Sifat penyayang yang semulajadi daripada lelaki itu sendiri. Bukan hanya dibuat-buat untuk ditunjukkan pada khalayak ramai sahaja. Lelaki yang penyayang biasanya akan menjadi suami yang baik serta penyayang kepada keluarga dan anak-anak anda kelak.

Paling penting, lelaki itu bukan jenis yang panas baran dan suka marah tanpa sebab. Mereka mestilah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dengan masalah. Selagi masalah itu boleh diselesaikan selagi itu dia boleh berfikir secara rasional.

Keempat romantik dalam perhubungan. Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukan gatal atau miang, sebaliknya lelaki romantik adalah yang pandai mengambil hati serta bijak menggunakan kata-kata. Mereka mampu berbicara dan menyampai sesuatu dengan baik.tidak membuatkan anda pening dengan gaya bahasanya.

Kelima berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap. Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan pada zaman s3karang. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja.

Lelaki seperti ini menunjukkan bahawa dia sangat bertanggungjawab atas kehidupannya dan hidup orang yang disayangi. Bahkan tidak akan mengeluh tentang pekerjaannya kerana menyedari bahawa untuk berjaya, dia perlu lebih berusaha dan bekerja keras.

Apakah anda sudah berjumpa atau kenal dengan lelaki yang memiliki semua ciri di atas? Atau mungkin pasangan anda? Biarpun kebanyakan wanita tidak berjaya untuk memiliki lelaki seperti yang diharapkan, seperti ciri-ciri yang tertera itu semoga lelaki menyedari apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang lelaki. Sumber wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *