Cukup pakej suara juga merdu, serak-serak basah..rup4nya Datin Eina nyanyi lagu Maggi Cukup Rasa

Datin Paduka Eina Azman sentiasa menerima pujian pengikutnya apatah lagi terbaru pula dia bukan sekadar pandai memasak dan cantik malah siapa sangka dia juga memiliki suara merdu.

Tindakannya berkongsi rakaman video dia menyanyi disamping suami pada Khamis membuatkan ramai meninggalkan pelbagai maklum balas yang mana rata-rata kagum dengan bakat dimilikinya.

Kini suara pula buat ramai puji

Netzen puji suara

Dikatakan memiliki suara serak-serak basah, ramai memberikan respon positif buatnya. Namun begitu, apa yang menjadi perhatian juga ada netzen yang tertanya-tanya mengenai lagu iklan ‘Maggi CukupRasa’ yang mana adakah Datin Eina juga yang nyanyi.

Ini kerana, Datin Eina juga difahamkan kini telah menjadi duta bagi produk tersebut dan ianya tidak menjadi pelik kerana Datin Eina dikenali ramai sebagai selebriti yang pandai memasak.Malah, laman Instagram miliknya juga pelbagai resipi telah dikongsikan oleh pelakon ini meskipun diusia yang muda.

Dalam pada itu, Datin Eina yang mesra membalas k0men daripada pengikutnya turut membalas ringkas dengan mengatakan ‘ye saya’.Individu terbabit yang sudah mendapat jawapan daripada persoalannya itu juga tidak melepaskan peluang memuji suara sedapnya.

Yang iklan lagu Maggi Cukup Rasa..

Datin Paduka Eina Azman bukan sahaja terkenal sebagai seorang pelakon yang mempunyai seraut wajah yang cantik, berkulit putih dan tinggi lampai tetapi juga terkenal kerana suka berkongsi resipi masakan di laman media sosialnya. Tagline “it’s done” begitu sinonim dengan wanita yang mempunyai sebenar Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman ini.

Walaupun baharu sahaja berusia 24 tahun tetapi yang memgagumkan terhadap Datin Paduka Eina Azman ini apabila mampu masak dalam portion yang agak besar setiap hari. Bukan calang-calang wanita boleh masak dalam kuantiti yang besar.Sumber: Datin Eina Azman, Y0uTvbe, Nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *