Cur@ng! Kekasih Afieq Shazwan main kayu tiga-“Agaknya muka saya ni memang untuk kena game je kut!”

Gara-gara pernah dicur@ngi bekas kekasih, penyanyi Afieq Shazwan berkata pintu hatinya pernah tertutup untuk mengenali mana-mana wanita selama dua tahun.

Menurut Afieq, 22, teman wanitanya itu bermain kayu tiga dan berlaku cur@ng di belakangnya sehinggalah segala pembohongan itu terbongkar.

“Ceritanya… tiga tahun lalu saya pernah menjadi mangs@ wanita yang berpura-pura setia namun hakikatnya ada hubungan dengan lelaki lain, tak sangka depan kita mulut manis, rupanya ada sk@ndal lain sehinggalah segalanya terbongkar.

“Selalu kita dengar lelaki sahaja yang cur@ng, tapi hakikat sebenarnya perempuan pun ada perangai macam itu dan mereka lebih licik. Pengalaman lampau itu menyebabkan saya jadi takut nak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana perempuan.

“Agaknya muka saya ni memang untuk kena game je kut! Tapi itu semua cerita lama, sekarang ni saya semakin okay dan belajar banyak mengenai perhubungan!,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Afieq memberitahu lagu terbaharu nyanyiannya featuring Malik Abdullah berjudul Lelaki Di Telefon mempunyai kaitan dengan pengalaman hidupnya yang pernah dicur@ngi teman wanita.

Lagu dan lirik ciptaan DJ Fuzz dan Aziquebeats serta Waris dan Mambang itu mengisahkan tentang seorang perempuan yang tidak setia terhadap kekasihnya.

“Lagu itu ada kaitan dengan kisah cinta saya dulu. Jarang orang buat lagu tentang teman wanita cur@ng dan rasanya kali ini tak salah kita berkongsi realiti sebenar.

“Sajalah nak usik-usik perempuan yang cur@ng, siapa makan cili dia rasa pedas! Cuma apa yang boleh saya kata, ada maksud tersirat dalam lagu ini namun disampaikan dengan muzik yang lebih catchy dan santai,” ujarnya.

Meskipun lagu dan video muzik baharu sahaja dilancarkan pada Khamis, ada penonton yang menyamakan rentak muzik lagu tersebut dengan lagu nyanyian Andi Bernadee berjudul Satu Peluang.

“Sejujurnya saya tak tahu pula kalau ada persamaan dengan lagu Andi… mungkin rentak muzik pop raggaeton itu membuatkan ada pendengar yang rasa macam sama.

“Untuk lagu ini kami mengangkat genre muzik tersebut kerana mahu lagu itu jadi lebih fun dengan tempo lebih sesuai untuk menari.

“Sebenarnya, sudah lama saya ingin menyanyikan lagu bergenre begini dan harap pendengar menyukai Lelaki Di Telefon,” katanya.Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *