“Dah lah lawa,suara sedap pulak tu!”-Afifah Yusuf,anak Hetty Koes Endang buat tulang rusuk netzen bergetar!

Siapa tak kenal dengan Hetty Koes Endang, juri tetap Gegar Vaganza musim ke 6 ini? Mungkin ramai tak tahu Ibu Hetty mempunyai 4 orang anak dan kini salah seorang puterinya, Afifah Yusuf mendapat perhatian ramai netzen.

Ini serba sedikit tentang Afifah yang membuatkan hati ramai cik abang berdegup kencang dan tulang rusuk bergetar.

Beauty with brain!

Afifah baru berusia 22 tahun dan meskipun meminati bidang nyanyian dia tidak mengetepikan pendidikan. Malah Afifah sudah berjaya menamatkan pengajian dan graduasi di Universiti Prasetya Mulia.

Mewarisi bakat ibu

Ramai di Indonesia mengenali dan mula meminati Afifah kerana dia mewarisi bakat ibundanya yang pandai menyanyi dan memiliki suara merdu.

Tidak hanya menyanyi, Afifah juga pandai bermain alat muzik. Korang boleh tengok Instagram Afifah sebab kadang-kadang dia ada upload video dia menyanyi.

Suka solek dan temani ibu

Ibu Hetty sudah semestinya lama dalam industri hiburan dan sering dijemput untuk menjadi juri atau pengkritik sesebuah rancangan nyanyian.

Sejak dulu lagi, Afifah selalu menemani ibunya dan ada kalanya dia akan make up sendiri ibu Hetty untuk tampak lebih muda dan elegan.

Tampil dengan fesyen simple dan natural make up

Kalau korang tengok dekat Instagram Afifah, gaya penampilannya kebiasaannya simple dan tidak terlalu ‘berat’ kecuali bila perlu pergi event. Bila cantik, pakai macam mana pun nampak menawan kan!

Gemar melancong

Gadis berkulit mulus ini memang suka melancong ke negara luar dan akan kongsi gambar di Instagram bila dia travel ke mana-mana.

Sudah berpunya! Ops!

Harap cik abang di luar sana tak kecewa sebab Afifah sudah mempunyai buah hati. Hubungan dengan pria bernama Faldo Arsanda tu dah terjalin sejak 6 tahun lepas tau!Dah lah lawa, suara sedap pulak tu! Admin loveeeee.Sumber lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *