Dah tak da tempat lain ker..- ‘Photoshoot’ di tanah perkubvran Kristian cetus kem4rahan netzen!Pemilik butik tampil perjelaskan hal sebenar

Semalam, tul4r beberapa keping foto ‘pengantin perempuan’ mengadakan sesi fotografi di tanah perkvburan Kristian.Difahamkan sesi fotografi luar biasa itu diadakan sebuah butik pengantin berdasarkan ‘watermark’ yang terdapat pada foto-foto tersebut.

Kreativiti luar kotak produksi tersebut bagaimanapun telah mencetus kem4rahan netzen dan rata-rata mereka menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak menghormati tanah perkvburan agama lain.Perbuatan tidak bertanggung jawab tersebut menarik perhatian seorang warga net yang kemudiannya meluahkan rasa terkilan menerusi bebenang di laman sosial Twitter.

“Sakit hati, demi mahu vir4l begini la dia, ingat benda tu boleh main-main? Ini bukan sebab agama tetapi kalau dah bang*ng tu memang bang*ng, biarlah bangsa atau agama apa pun.

“Kami m4rah ni tak tengok pun agama bangsa dia, cuma dia ni manusia yang memang tak hormat tempat orang,” antara luahan dibuat warga net tersebut.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warga Twitter lain yang rata-ratanya tampil memohon maaf di atas perbuatan kurang sentiviti itu.Kepada pasangan pengantin di luar sana, tak salah jika mahukan kelainan tetapi janganlah sampai terlalu pelik sehingga boleh mengundang am4rah orang lain.Mohon bakal pengantin semua lebih peka selepas ini..Jangan kerana mahu vir4l, adab dan tatasusila diketepikan.Sumber gempak

Tidak tahan dikec4m, akhirnya individu terbabit menyahaktifkan akaun media sosialnya buat sementara waktu.Dalam laporan Harian Metro hari ini, pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya itu.

“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,” katanya.

Menurut Nur Amirah, gambar itu dirakam di kawasan perkvburan Kristian di Batu Pahat, pada Ahad lalu, untuk koleksi peribadi dan menegaskan tindakannya memuat naik gambar itu di Facebook bukan untuk mencari publsiti murahan.

Dia turut mengakui bahawa dia yang merakam gambar tersebut dan wanita dalam gambar itu bukannya pengantin seperti yang didakwa, sebaliknya hanya model sahaja.

Nur Amirah berkata, dia memilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan lari dari kebiasaan dengan mengambil inspirasi dari luar negara.

“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di Facebook adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama. Saya dapat tahu perkara ini tul4r pagi tadi dan menyah-aktifkan akaun Facebook buat sementara bagi meredakan keadaan.

“Gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membvnuh diri sendiri. Apa pun, saya terima kr1tikan netzen dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,” katanya.Sumber Harian Metro, Chrissy kredit the reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *