Nik Farhan ded@h 18 wanita ajak kahwin tapi terpaksa tolak!-Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana..

JUARA Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan yang hangat dilanda kontr0versi apabila berkahwin dengan janda beranak lapan mendedahkan sudah dipelawa oleh 18 orang wanita yang berhasrat menjadi isteri keduanya sebelum ini.

Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa menolak kesemua hajat wanita itu atas dasar tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun dia tidak mampu menolak takdir Allah yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke 19 yang kini bergelar isteri keduanya selepas mereka diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

“Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita sudah meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita yang ke 19 ni membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.

“Masyallah… Auranya membuatkan saya terkenang kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah,” katanya kepada mStar.

Pendedahan Nik Farhan menikahi seorang janda anak lapan di Makkah beberapa hari lalu mendapat kec@man ramai apabila did@kwa pernikahan berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Farhan bagaimanapun menegaskan isteri pertamanya berfikiran terbuka mengenai konsep berp0ligami kerana wanita itu sendiri pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.

“Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu.

“Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian,” tambahnya.

Isteri kedua Farhan merupakan seorang doktor perubatan yang kini bergelar usahawan.Terdahulu Nik Farhan membuat laporan p0lis dan tuntutan s@man terhadap rakan baik isteri pertamanya, Ches Al-Maliki.

Selain Ches, beberapa individu lain yang did@kwa telah melakukan fitn@h terhadap dirinya turut tersenarai sebagai individu yang bakal diambil tindakan undang-undang.Menurut Nik Farhan, dua laporan p@lis juga telah dibuat bagi meneruskan tindakan selanjutnya.

“Alhamdulillah dah selesai semalam. Dua laporan p0lis dan dua tuntutan s@man telah dikemukakan buat si dia dan beberapa orang penfitn@h tegar di media sosial yang telah disenaraikan nama-nama mereka.

“Semoga mereka berbahagia selalu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat,” tulisnya.Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *