“Dia banyak berk0rban, saya bangga dengan ayah..”– Sham Visa k0rbankan kerjaya demi anak

Fenomena rancangan hiburan Gegarvaganza 6 di saluran Astro Ria dilihat semakin menjadi bualan. Untuk kali ini, barisan artis yang menyahut cabaran bersaing dalam rancangan tersebut juga bukan calang-calang.

Salah satunya adalah Sham Visa yang mendapat jolokan Tony Stark Malaysia. Berwajah maskulin dan penuh karakter, Sham atau nama sebenarnya Rohisham Hashim telah menjadi bualan serta kegilaan ramai kerana penampilan terkininya.

Mendapat populariti secara mengejut selepas menyertai GV6, Sham akur dengan perhatian yang diterima selepas berbelas tahun meninggalkan dunia hiburan dan bertugas di pelantar minyak.

Bangga dengan ayah…

Selepas dit4mpar populariti yang agak mendadak, anak kepada Sham telah meluahkan rasa syukur apabila peng0rbanan bapanya selama ini akhirnya terbalas selepas mendapat sokongan yang padu daripada peminat.

Menurut remaja dikenali sebagai Shakir Zafran, dia terlalu menghargai peng0rbanan bapanya yang sanggup melupakan seketika dunia hiburan demi untuk mereka sekeluarga dan berkhidmat di pelantar minyak.

“Daddy sayang kamu”

Menerusi Instagram rasmi Sham, dia juga telah memuat naik kembali Tweet anak lelakinya itu sambil meninggalkan kapsyen memberitahu yang dia amat mengasihi remaja tersebut.

“Daddy sayang awak 3000x”

Menerusi Tweet yang dibuat Shakir itu, rata-rata warganet telah memberikan maklum balas positif diatas perkongsian tersebut. Mereka telah meninggalkan kata-kata sokongan terhadap Sham Visa dan sentiasa mendoakan penyanyi itu berjaya dalam GV6 dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Sham Visa telah menyertai Gegarvaganza 6 yang bersiaran langsung setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria. Pada minggu sudah, Sham telah mendendangkan lagu My Heart bersama Marsha Milan.

Penyanyi itu berjaya mara ke minggu seterusnya dan bakal menyanyikan lagu Afgan bertajuk Terima Kasih Cinta untuk minggu kelima pada Ahad ini.Sumber : Shakir Zafran kredit ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *