“Dia Satu Dalam Sejuta!”- Akhirnya Janna Nick akui sedang hangat dilamun cinta dengan Dini Azan Schatzmann

Pelakon popular, Janna Nick mengakui sedang bercinta dengan pelakon baharu berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann.Janna berkata kepada Harian Metro hubungannya dengan aktor terbabit mula serius sejak Jun lalu.

“Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.

“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” katanya.

Menurut Janna, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya.

“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain.Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” katanya.Sumber: Harian Metro

Terdahulu Dini Schatzmann, 25, berkata hubungannya dengan Janna hanyalah sebagai kawan bila ditanya mengenai g0sip mengatakan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Janna Nick.

Menurut pelakon kacukan Melayu-Swiss yang mula dikenali menerusi drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu, Janna ialah satu-satunya rakan baik beliau dalam industri seni tanah air.

“Jadi, Janna banyak memberikan nasihat kepada saya mengenai industri ini, tidak lebih daripada itu. Mungkin sikapnya yang mesra dan suka meninggalkan k0men di Instagram saya menyebabkan g0sip kami bercinta boleh timbul,” katanya kepada BH Online.

Hubungan dua selebriti berkenaan mula diperkatakan apabila bintang Leftenan Zana itu gemar meninggalkan k0men di laman sosial Dini sehingga sesetengah pihak berasakan kedua-duanya semakin intim.Malah, bukan sekadar hadir bersama, Dina dan Janna, 24, juga dilihat duduk bersebelahan pada sebuah acara anugerah hiburan, baru-baru ini.

“Kami mula rapat apabila sama-sama menjayakan drama, Bukan Cinta Aku, siaran TV3. Malah, kami semakin kerap berjumpa apabila Janna menggunakan khidmat saya sebagai jurulatih peribadi,” ujarnya.Ditanya mengenai percutian bersama pelakon jelita itu ke Jepun, baru-baru ini, Dini berkata, ia bukan hanya disertai mereka berdua.

“Seperti dapat dilihat di laman sosial saya, kami ke sana kerana mempromosikan sebuah jenama syarikat penerbangan.Pemergian kami juga turut diiringi pihak pengurusan masing-masing,” katanya yang berharap gosip berkenaan tidak membayangi usaha dirinya memahat nama sebagai anak seni.Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *