“Gajah Sama Gajah Bergasak, Pelanduk Tersepit”- MuatNaik Status Terbaru, N3tizen Sangka Hal Stroller

Tidak habis lagi soal stroller RM12k, status Jihan Muse di Instagram menjadi perbualan gara-gara membincangkan soal gajah dan pelanduk. Kenyataan mengenai pelanduk yang tersepit di tengah-tengah gajah dibayangkan n3tizen seolah-olah menjurus kepada kisah stroller jenama Jeremy Scott miliknya yang menjadi bualan hangat ketika ini.

“Gajah sama gajah bergasak. Pelanduk nama naik sama tersepit. Ternganga2 pelanduk taktau apa2 tapi kene heret sama. Yg satu taknak kalah yang satu taknak mengaku salah.

“Pastu taktau camne nak menang tarik hidupan lain sama terpalit. Kesian pelanduk. Penyek. Lumat,” tulisnya. Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut meninggalkan komen di ruangan k0men status.

“Apa benda yang stroller? Aku cite pasal gajah. Peribahasa tu mestilah menjurus kepada situasi yang tepat. Tiba2 stroller apo? Tu peribahasa lain mukasurat lain lah kot. Ni gajah ulos. Sapa taktau tunggu. Jgn assume no no no. Nantilah filem terbaru,” komen Jihan.

N3tizen bagaimanapun terus memberikan reaksi dan menyatakan status ‘makan dalam’ ini sememangnya punya maksud tersendiri yang cuba disampaikan.

Foto : Instagram Jihan Muse Dan MH via PetuaDanResepiBonda

Takpelah stroller apa pun yang penting baby selesa dan x meragam. Selagi mereka mampu nk bayar, biarlah harga berapa pun kan.. Ha jom min kongsi rahsia murah rezeki. Tajuk artiekl “Syukur: Rahsia murah rezeki

TIDAK dinafikan, peredaran dunia semasa menyaksikan kehidupan yang amat mencabar. Antaranya, manusia perlu berdepan dengan persaingan sengit ekonomi dalam usaha memperoleh sumber pendapatan bagi kelangsungan hidup masing-masing.

Tidak selalu di atas, persaingan ini kadangkala membuatkan ramai manusia kecewa setelah gagal mencapai apa yang diingini. Ini sekali gus melahirkan perasaan marah dan dendam sehingga tanpa menyedari menyalahkan pemberi rezeki hakiki iaitu Allah SWT.

Firman Allah: “Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu; adakah pencipta selain Allah yang dapat memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan?,” (al-Fatir: 3)

Sebagai umat Islam, dituntut mengingati segala nikmat pemberian Allah. Nikmat ini cukup jelas dan terang tetapi realitinya masih ramai masyarakat yang kurang bersyukur.

Sedangkan Allah mengurniakan rezeki yang mencurah-curah kepada kita sama ada dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan keselamatan daripada sebarang malapetaka.

DARJAT SYUKUR. Mengharungi fasa akhir zaman, keadaan umat Islam dilihat semakin lupa agama. Ramai yang tenggelam di sebalik timbunan kemajuan material, berfikiran jumud, lemah kekuatan ekonomi, tidak berkualiti, lemah jiwanya akibat lemah jasmani dan rohani.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa terdapat tiga darjat syukur iaitu:

#1 Syukur dengan hati – Meyakini bahawa tiada memberi nikmat atau rezeki melainkan Allah

#2 Syukur dengan lidah – Memperbanyak lafaz pujian kepada Allah pemberi nikmat

#3 Syukur dengan amal. – Syukur yang disertai dengan amal.

Allah SWT memberikan pelbagai nikmat kepada manusia yang sangat berharga dan bernilai. Sebagai hamba-Nya, wajib beriman atas kurniaan nikmat tersebut kerana Allah tidak pernah lupa kepada setiap hamba-Nya walaupun sesaat.

Pada masa sama, kita perlu bersyukur dan mengakui nikmat yang diberikan. Jika tidak, maka rugilah kita dan hati tidak akan dapat merasai ketenangan.

Nikmat atau rezeki yang diterima adalah berkat daripada Allah, meskipun hanya kecil dan sedikit tetapi cukup serta menenteramkan hati. Kerana orang yang selalu bersyukur akan memperoleh kehidupan yang tenang, dan bahagia serta terhindar daripada fitnah dunia serta akhirat. Sumber utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *