‘Gh4ib’ dari industri muzik, tul4r f0t0 mirip Malique Too Phat dirakam orang awam.1ni kisahnya yang menjadi bualan warganet

Umum sedia maklum bahawa di hujung tahun 90an, industri muzik Tanah Air telah diperkenalkan dengan aliran muzik hip hop yang seakan menjadi fenomena sehingga ke hari ini.

Antara pelopor kepada kebangkitan muzik tersebut adalah kumpulan Too Phat yang dianggotai oleh Johan Ishak ( Joe Flizzow) dan Malique Ibrahim (Malique).

Jumpa Malique dekat luar?

Lagu-lagu mereka telah menjadi siulan ke hari ini walaupun kedua-dua figura tersebut sudah membawa haluan masing-masing. Joe Flizzow dilihat masih kukuh dalam industri muzik namun Malique memilih untuk bekerja di sebalik tabir dan hilang dari industri muzik walaupun karyanya masih ditagih oleh artis-artis baru Tanah Air.

Namun begitu, sejak semalam, gambar terkini yang did4kwa Malique Ibrahim telah tul4r di Facebook selepas seorang individu memuat naik posting itu di laman sosial tersebut.

Sebelum ini, Malique telah mengambil keputusan untuk tidak muncul lagi di mana-mana kaca televisyen ataupun umum selepas dia dan Joe Flizzow mengambil langkah bergerak secara berasingan.Walau bagaimanapun, karya Malique masih lagi menjadi fenomena sehingga ke hari ini dan dinyanyikan oleh artis-artis terkini.

Rindu Mr. General

Menerusi ruangan k0men posting tersebut, rata-rata netzen memberikan pelbagai maklum balas mengenai gambar yang dimuat naik.

Jujur, mereka amat merindui figura yang digelar Mr. General itu kembali namun mereka sedar bahawa Malique sudah mengambil keputusan dan meminta orang ramai menghormati pendirian tersebut.

Too Phat tak akan kembali

Ada netzen mengharapkan Too Phat kembali tetapi Joe flizow pernah cakap 99.9% Too Phat tak kan kembali

Gambar tahun lepas?

Malah ada juga yang mend4kwa gambar yang dikongsikan itu adalah gambar tahun lepas.

Apa pun ramai yang teruja bila melihat sosok Mr General ini.Semoga Malique terus berjaya dan diberikan kesihatan yang baik. Sumber : Mohd Zubaidi kredit ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *