Hadiah Istimewa Buat Si Jejaka Idaman

Memilih hadiah untuk si jejaka memanglah sesuatu yang memeningkan kepala. Kerana tak semua benda mereka suka malah, mereka lebih suka memilih hadiah sendiri daripada menerima kejutan.

Rumitkan ? Nahhhh, jangan peningkan kepala. Remaja sempat buat beberapa kajian daripada kaum lelaki sendiri apakah hadiah yang di sukainya… jadi, jom kita tengok senarai hadiah yang menjadi pilihan mereka.

Gadjet. Lelaki memang suka pekara-pekara yang up to date terutamanya melibatkan gajet walaupun hakikatnya mereka memang ‘buta it’. Cukup dengan hadiahkan mereka sebuah ps3 pasti si dia akan tersenyum lebar hingga sebulan.

Jam tangan. Jam tangan adalah aksesori wajib bagi setiap lelaki. Bagi mereka serba tak langkap jika tiada jam di tanggan. Jadi, jika kamu bercadang untuk memberi mereka seutas jam tangan jangan teragak-agak. Mereka pasti suka lebih lagi jika jam tangan itu stainless steel bewarna silver.

Varsity jacket. Walaupun malaysia mempunyai cuaca yang panas, tidak bermaksud kamu harus lupakan varsity jacket sebagai senarai barangan yang boleh di jadikan hadiah. Lelaki memang suka bergaya. Bagi mereka seorang lelaki yang mempunyai jacket memang membuktikan mereka seorang yang mengikut perkembangan fesyen. Jadi, varsity jacket sangat sesui untuk di jadikan sebagai hadiah.

Perfium. Siapa kata lelaki tak suka berwangi-wangian ? Mereka pon sama sahaja dengan perempuan cumanya wangian ni bukanlah menjadi benda pertama yang harus mereka miliki. Tapi, kalau kamu beri sekotak wangian pada mereka percayalah, mereka tak akan pernah menolak!

Wallet. Pernah tengok macam mana wallet lelaki ? Pasti kamu akan terkejut besar bila melihat bertapa uzurnya tempat letak duit mereka. Well, lelaki ni satu perangai diorang, mereka tak seperti perempuan ada koleksi purse dan sebagainya.

Mereka selalunya hanya ada satu sahaja wallet dan wallet itu akan di pakai sehingga lunyai. So, rasanya tiba masa untuk kamu belikan wallet yang baru untuk mereka! Tapi pastikan wallet itu berkualiti ya. Barulah tahan lama.

Baju couple. Tiada salahnya juga jika kamu hadiahkannya sepasang baju couple. Lebih comel jika ada nama kamu di t-shirt itu. Barulah orang kata ‘gil4-gil4’ bercinta!

Cincin. Ada sesetengah lelaki, mereka memang malu memakai aksesori seperti cincin. Tapi percayalah, mereka tak akan malu jika cincin itu ada nilainya dan hadiah pemberian daripada orang yang tersayang.

Kaca mata berjenama. Tak bergayalah jika tak berkaca mata hitam. Setiap lelaki pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu kaca mata hitam dalam simpanannya. Jadi, apa kata hadiahkan si dia sepasang kaca mata yang berkaca gelap dan ‘mirror’ baru lah nampak macho ala-ala adi putra. Si dia pasti akan suka dengan pemberian kamu!

Luangkan masa untuknya. Tak perlu memeningkan kepala. Jika kamu dapat luangkan sedikit masa untuknya pon sudah mencukupi. Penting bagi seorang lelaki menghabiskan masa dengan orang yang tersayang di hari jadinya. Jadi jangan kecewakan hari bersejarahnya ya!

Satu luahan terima kasih. Jika kamu seorang yang tidak mampu lakukan semua di atas, kamu boleh cuba cara ini. Apa kata, hubungi kekasih kamu dan buat satu luahan berterima kasih padanya.

Ucapkan si dia seorang kekasih yang sangat baik serta bertanggungjawab. Beri pujian pada setiap kebaikan yang dia telah lakukan untuk kamu. Semua ini sudah mencukupi! Si dia pasti akan terharu dan akan cuba jadi seseorang yang lebih baik dari sebelum. Sumber karangkraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *