“Hanya melalukan seterika wap itu di bahu dan paha Zulfarhan selama satu saat..tak tahu ia akan menceder4kan”- Tertudvh kedua

Perbicaraan ke5 bvnuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertvduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangs4 di M4hkamah Tinggi pada Selasa.

Turut mengundang kesedihan apabila Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23, mendedahkan bahawa Zulfarhan, yang membahasakan dirinya sebagai Along, memberitahu yang dia merindui kedua-dua ibu bapanya dan mahu memohon maaf.Ibu mangs4 yang berada di galeri awam kelihatan menitiskan air mata selepas tertvduh kedua itu memberitahu kejadian tersebut.

Menceritakan detik berkenaan, Muhammad Azamuddin berkata sebelum Zulfarhan meningg4l dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangs4 berada di bilik rakan tertvduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten).Ketika itu Muhammad Akmal keluar membeli ‘Oral Rehydration Salt’ (ORS).

“Pada waktu itu Zulfarhan ada muntah sekali. Bila saya membersihkan muntahnya, Zulfarhan memberitahu saya dia minta maaf dekat saya sebab dia menyusahkan saya.Saya bagi tahu dia tak ada masalah kita kawan dan Zulfarhan bagi tahu dia rindu mak dan ayahnya dan mahu minta maaf.

“Dia cakap Along rindu mak dan ayah, saya cakap kalau rindu call lah, tapi dia cakap tak apa aku tak nak menyusahkan mak ayah aku, mak aku s4kit. Saya rasa pelik kenapa tiba-tiba dia cakap macam itu.

“Tiba-tiba dia (Zulfarhan) mengimbau kenangan saya tumpang rumah dia di Johor Bahru. Saya bagi tahu Zulfarhan, apa yang jadi pun aku tetap dengan kau, kau kena kuat, minggu depan dah nak peperiksaan dan Zulfarhan bagi tahu dia sayang saya,” katanya dan menambah ketika itu Zulfarhan berada dalam keadaan lemah.

“Zulfarhan beritahu dia mahu baring atas comforter (selimut) secara meniarap. Selang beberapa minit Muhammad Akmal lihat Zulfarhan tidak bergerak dan memanggil nama Zulfarhan, namun tiada tindak balas daripada Zulfarhan, lalu saya pegang tangan dia (Zulfarhan) dan saya rasa tangan dia sejuk,” katanya.

Tertvduh kemudian menelefon ambulans dan sebelum ambulans tiba, pihak h0spital memberi arahan kepada mereka supaya mengerengkan Zulfarhan.

“Anggota parademik yang tiba membuat pemeriksaan, tiada tindak balas daripada Zulfarhan dan selepas itu Zulfarhan dibawa ke H0spital Serdang.

“Tiba di h0spital saya dan Muhammad Akmal melakukan pendaftaran di wad kecem4san h0spital itu. Kakitangan hospital memberitahu kami Zulfarhan masih ada nadi dan pada 9.30 malam seorang doktor bagi tahu Zulfarhan sudah meningg4l dunia,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Azamuddin membuat permohonan maaf itu selepas pegu4mnya, Amer Hamzah Arshad menyoalnya sama ada mahu bercakap sesuatu kepada keluarga Zulfarhan.

“Saya mewakili sahabat-sahabat saya memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya dalam keadaan sebak ketika pemeriksaan utama oleh Amer Hamzah semasa membela diri di hadapan H4kim Datuk Azman Abdullah.

Dia berkata hubungannya dengan Zulfarhan diibaratkan seperti “seutas tasbih yang mana ada awalnya dan tiada berpenghujung”.

“Walapun Zulfarhan sudah pergi bertemu pencipta, saya dan rakan-rakan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

“Perkenalan kami (tertvduh dan Zulfarhan) bermula 2014, walaupun saya dan Zulfarhan berbeza dalam jurusan tetapi UPNM yang menanamkan erti persahabatan dan prinsip ‘no man left behind’ menyebabkan saya dan dia berkawan baik,” katanya.

Dalam keterangannya, Muhammad Azamuddin berkata pada 22 Jun 2017, dia hanya melalukan seterika wap itu di bahu dan paha Zulfarhan selama satu saat.

“Saya guna seterika itu pada bahu dan paha Farhan tetapi masa buat seterika dan Farhan tidak bersentuhan.

“Saya ambil seterika wap itu apabila Mubin (rakan tertvduh) cakap Zulfarhan kena ajar sikit, selepas itu saya gunakan,” katanya apabila ditanya Amer Hamzah bila tertvduh mengambil seterika itu.

Semasa ditanya mengapa menggunakan seterika wap itu, tertvduh menjawab: “Saya hanya menggertak atau men4kutkan Zulfarhan”.

Ditanya lagi mengapa melakukan perbuatan tersebut yang boleh menyebabkan kem4tian sedangkan dia dan Zulfarhan bersahabat baik, Muhammad Azamuddin menjawab: “Pada saya, tindakan saya hanya untuk menasihati Zulfarhan sebab saya tahu bagaimana perangai Zulfarhan.

“Ketika saya melakukan perbuatan itu saya langsung tidak tahu ia mampu mendatangkan keceder4an kepada Zulfarhan kerana pada ketika itu jelas tiada kesan pada Zulfarhan dan saya tiada niat untuk menceder4kan (Zulfarhan), jauh sekali untuk saya melakukan pembvnuhan,” katanya.

Pada 31 Julai lepas, M4hkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertudvhan membvnuh, bersubahat membvnuh dan menceder4kan Zulfarhan.Sumber: Bernama kredit the reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *