Hati Neelofa Tersentuh.Tekad Mahu Bantu Warga Utusan.Satu negara pun bakal terasa kehilangan akhbar tertua ni

Sejak semalam, pengumuman mengenai ura-ura akhbar tertua di Malaysia iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo! akan diberhentikan pengeluarannya pada Rabu ini telah mengejutkan ramai pihak.Hal ini berikutan masalah kewangan yang meruncing apabila hampir 3 bulan staf-staf yang berkhimat di syarikat akhbar tersebut tidak dibayar gaji.

Pengacara popular, Neelofa terkesan dengan apa yang berlaku kepada Utusan Melayu Berhad yang bakal ditutup kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerjanya.Pada satu Twit di akaun peribadinya, Neelofa memberitahu perasaannya luluh apabila mendapat tahu keadaan di Utusan.

“Dev4stated to hear about the current state of Utusan, diorang banyak bantu career Lofa dari awal.

“So I want to return the favour. Kalau korang kenal anyone from HR or any companies looking to hire, drop the details below!” tulis Neelofa.

Pada masa yang sama, Neelofa juga berharap usahanya bukan sahaja dapat membantu warga Utusan tetapi juga sesiapa yang sedang mencari pekerjaan.

“I’m sure ramai yang tengah cari kerja baru jugak, don’t worry this is open to everyone.

“Anyone yang nak apply, feel free to look through these replies. Hopefully dengan kerjasama semua, we can help them find another job as soon as possible,” tulis Neelofa pada satu lagi Twitnya.

Neelofa mempunyai 6.4 juta pengikut di Inst4gram dan 2.4 juta pengikut di Twi1tter.Pada hari Jumaat, 23 Ogos ini juga, pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) NSTP akan melancarkan kutipan berbentuk wang tunai, dan barangan keperluan seperti beras, minyak, gula, pampers, susu dan sebagainya.

Ianya akan berlangsung di Driveway Balai Berita, Jalan Riong Bangsar, dari jam 10 pagi hingga 4 petang.Kepada yang ingin menyumbangkan wang tunai, anda juga boleh menyalurkan terus ke akaun NUJ Malaysia, CIMB Current Account 80-0082256-0.Kredit Gambar: Inst4gram.Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *