Hindari Bercinta Dengan Suami Orang

Berpoligami sentiasa menjadi tajuk perbualan pelbagai pihak, tidak kira perbualan dan rancangan di televisyen, cerita di kedai kopi mahupun tajuk perbualan dan gosip rakan-rakan atau jiran tetangga. Berpoligami juga adalah antara perkara yang boleh diamalkan di dalam Islam.

Ya, memang berpoligami dibolehkan di dalam Islam. Namun, anda sebagai wanita, anda pasti tidak suka berkongsi kasih dengan orang lain bukan? Adakah anda pernah bercinta atau didekati dengan suami orang? Sini ada beberapa sebab mengapa anda perlu mengelak bercinta dengan suami orang. Antaranya ialah:

Pasangan Anda Tidak Berani Berjanji Memberikan Komitmen Pada Anda. Lumrah dengan sifat lelaki, mereka pasti akan suka apabila seseorang itu memberi perhatian, sokongan dan tempat mendengar segala permasalahan, tambahan jika ia melibat hal rumah tangga. Jika rumah tangga suram, pasti mereka akan mencari wanita lain untuk dijadikan tempat luahan dan perhatian kasih sayangnya.

Mungkin lelaki yang sudah menjadi suami orang ini akan menjanjikan pelbagai perkara manis kepada anda seperti menjanjikan anda akan berbahagia apabila dengannnya kerana akan dilimpahkan curahan kasih sayang dan kesenangan hidup apabila sedia bersatu dengannya.

Punca Keretakan Rumah Tangga. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, anda mungkin akan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga yang sudah sedia terbina s3kian lama. Ia mungkin rumah tangga sudah retak dan penuh dengan masalah, tetapi itu bukan lesen kepada anda untuk terus menjalin hubungan dengan suami orang.

Jika anda di dalam situasi cinta bersama dengan suami orang, tidakkah anda terfikir tentang apa perihal dan pandangan pasangan anda itu terhadap anda? Betulkah pasangan anda benar-benar cinta pada anda?

Pasti anda tidak mahu kebahagiaan cinta yang diharapkan akan mengakibatkan anda hanya terlopong menagih cinta kerana habuan cinta yang diharapkan hanya sementara dari pasangan anda yang sudah berkahwin tersebut.

Jika ketika berkahwin dengan pasangan pertamanya, pasangan cinta anda itu sanggup bercinta dengan orang lain, iaitu dengan anda, walhal masih mencintai isterinya.Tidak mustahil apa yang terjadi pada isteri pasangan anda akan terjadi pada anda apabila sudah mengikat tali pernikahan dengan suaminya.

Ia mungkin akan memberikan impak yang lebih buruk kepada anda jika anda menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga pasangan anda dan isertinya sebelum ini. Seelok fikir lebih mendalam tentang perhubungan anda ini.

Jika mampu, bukakanlah pintu hati anda supaya menerima cinta daripada lelaki yang bujang walaupun mungkin tidak sesempurna pasangan anda atau ciri-ciri suami orang. Jelas besar risikonya bercinta dengan suami orang.

Namun, jika itu sudah suratan takdir dan jodoh anda, lakukan dengan berhemah dan adab. Jika sudah bersetuju dengan pasangan anda untuk melangkah ke langkah seterusnya, iaitu perkahwinan, berbincanglah dengan isteri pasangan anda dan dapat persetujuannya dahulu supaya mendapat ‘restu’ dan pesetujuaan agar dapat mengelak daripada mengeruhkan suasana. Sumber wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *