“Ikat Guna Pita Pelekat Je, Saya Bukan B0d0h Nak Der4 Anak “- Gurauan Elvina Muhammad Ikat Anak Undang Kem4rahan Netzen

NIAT untuk bergurau akhirnya memakan diri apabila pelakon Datin Elvina Mohamad dituduh melakukan pender44n terhadap anak lelakinya, Karl Mateen yang baru berusia lapan bulan.

Gurauan Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 24, dengan mengikat tangan dan kaki bayinya menggunakan pita pelekat perubatan tidak disenangi sebilangan netzen yang menyifatkan ia sebagai perbuatan serius dan tidak bertimbang rasa.Terkejut dengan tuduhan itu, Elvina menafikan dia mempunyai niat untuk mendera anaknya sendiri dan berkongsi di media s0sial.

“Tak sangka apabila saya post gambar itu di Inst4gram, ia menjadi isu besar. Siap kaitkan saya dengan orang lain kerana der4 anak.

“Mereka ni sangat melampau! Takkan lah saya nak der4 anak saya sendiri… ia hanya gurauan. Kapsyen itu sahaja sudah menunjukkan yang saya hanya bergurau. Takkan lah mereka tak boleh nak fikir?

Posting yang dimuat naik Elvina menerima kec4man netzen.

“Lagipun saya guna pita pelekat hospital dan dia gelak sahaja. Tak mungkin saya nak buat benda yang tak betul? Saya bukan bodoh sangat sampai nak der4 anak sendiri… nak bagi anak sendiri tersiksa,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Elvina selain kata-kata kec4man, ada juga antara netzen yang mengugut untuk membuat laporan p0lis berhubung tindakan itu.

“Ketika itu, semua ahli keluarga ada di hospital kerana bapa mertua saya tidak sihat dan kami semua bergurau mengenainya.

“Saya pun pelik… saya upload perkara hanya untuk bergurau pun mereka nak jadikan ia perkara besar.

Antara k0men yang ditinggalkan netzen.

“Ada yang siap DM (direct message) saya vgut nak buat report p0lis,” katanya.

Jelas aktres drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf ini, dia enggan memperbesarkan isu berkenaan namun tidak akan menghalang mana-mana individu yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Sekarang ni apa yang mereka nak cakap, saya malas nak ambil kisah… saya dah penat. Malas nak layan benda yang tak masuk akal. Mereka sengaja cari salah dan b4sh kita. Ini tak kena, itu tak kena.

“Saya rasa mereka sengaja nak besar-besarkan isu itu sampai nak report p0lis, report gambar itu sampai kena removed dengan Inst4gram.

“Kalau mereka betul-betul mahu buat report p0lis, silakan. Saya boleh bawa anak saya sekali pergi balai p0lis,” katanya.

Elvina sebelum ini pernah menjadi perhatian netzen kerana memberi makanan pepejal (solid food) kepada Marteen ketika berusia empat bulan.Bagaimanapun Elvina terlebih dahulu sudah mendapatkan nasihat daripada doktor.sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *