Jadi Fariza Dalam Drama Cvri-cvri Cinta, Uyaina Arsyad Akui Sukar Memahami Watak

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad akui menghadapi kesukaran semasa memegang watak Fariza dalam drama Cvri-Cvri Cinta. Namun begitu, Uyaina berasa beruntung kerana dikelilingi dengan pelakon senior yang tidak lokek berkongsi ilmu.

“Drama Cvri-Cvri Cinta adalah drama yang kedua selepas Lelaki Kiriman Tuhan. Ini merupakan kali pertama saya menjadi ‘second lead’ dan mengakui agak berat watak ini.

“Ketika di set penggambaran, saya menghadapi kesukaran untuk memahami watak ini. Namun, saya berasa beruntung kerana dikelilingi dengan pelakon senior yang mempunyai banyak pengalaman.

“Mereka banyak menolong serta mengajar dari segi untuk menjiwai watak serta cara bermain dengan ‘angle’ kamera,” katanya kepada Gempak.

Uyaina ditemui ketika majlis sidang media dan tayangan perdana program Astro 2019 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Tambah Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, dia perlu mewarnakan wataknya supaya dapat menarik hati penonton.

“Watak saya dalam drama ini agak mendalam jadi saya perlu mewarnakannya lagi. Saya perlu membuatkan penonton berasa kasihan serta suka dengan watak Fariza,” katanya lagi.

Selain Uyaina, drama Cvri-Cvri Cinta ini turut menampilkan pelakon Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Talha Harith, Adam Lee dan ramai lagi.

Drama Cvri-Cvri Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Sumber gempak

Artikel berkaitan ‘Uyaina menghidap komplikasi jantung’

“SAYA masih tidak boleh terima kenyataan apabila pada usia ini disahkan menghid4p komplik4si j4ntung,” kata pengacara Uyaina Arshad yang mengalami peny4kit Supr4ventricular tachyc4rdia (SVT) dan heart valve.

Uyaina, 26, berkata, dia dimaklumkan peny4kit itu ketika mendapatkan rawatan pada 11 Mac lalu selepas pengsan di rumah. “Ketika pemeriksaan di klinik degupan jantung saya lebih 200 denyutan per minit. Kemudian ketika pulang ke rumah tubuh badan pucat dan berpeluh secara tiba-tiba sebelum pengsan.

“Saya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengalami komplik4si j4ntung yang agak serius. Memang terkejut dan tidak menjangka sama sekali.

“Apatah lagi sebelum ini tiada sebarang tanda ke arah peny4kit ini sebab saya jenis aktif. Namun arw4h datuk sebelah mak meningg4al disebabkan peny4kit j4ntung. Saya sedih dan fikir soal ma4ti saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Uyaina yang juga pengacara Wanita Hari Ini, dia perlu menjalani rawatan susulan secara berkala sebulan sekali. “Doktor memberi dua pilihan iaitu mengambil ubat atau menjalani pembed4han.

“Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan pandangan mana yang terbaik pada peringkat kesihatan sekarang. Doakan semoga semuanya okey,” katanya. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *