Jadikan Hidup RumahTangga Anda Syurga Dunia

Perkahwinan memang indah. Namun, dalam melayari dunia rumah tangga, kita perlu mengisi diri dengan ilmu yang baik dan bermanfaat. Jom ketahui tip rumah tangga bahagia yang boleh anda cuba supaya ikatan perkahwinan itu ukuh sampai ke Jannah.

Perkahwinan adalah satu ikatan suci menggabungkan dua hati. Namun, kadangkala dua hati tersebut susah untuk bersetuju tentang sesuatu perkara. Perg4duhan berlaku dan mulalah operasi bermasam muka. Sebenarnya, anda boleh menjadikan rumah anda syurga di dunia jika anda cuba beberapa tip rumah tangga bahagia yang kami kongsikan di sini.

Berikan Kata-Kata Cinta dan Kasih Sayang Selalu. Ingat tak zaman kita berkenalan dahulu? Kita saling mengucapkan kata-kata yang baik dan indah kepada satu sama lain. “Saya rindu awak” atau “saya tidak sabar untuk berjumpa awak” selalu disebut-sebut.

“Saya sayang awak”, “selamat pagi sayang” atau “semoga awak seronok di tempat kerja hari ini” sudah cukup untuk buat si dia tersenyum sorang-sorang dalam kereta sewaktu memandu ke pejabat!

Jangan Marah Pada Waktu Yang Sama. Anda pernah tak mengalami situasi sebegini: “Oh, dia marah dekat saya! Sepatutnya saya yang marah.” Apa yang berlaku seterusnya adalah akan ada seorang pasangan yang sedang mar4h dan seorang lagi baru mula nak mar4h. Akibatnya, kedua-dua tidak bercakap dan masalah tidak dapat diselesaikan.

Peraturan yang mudah adalah: Apabila pasangan anda mar4h akan sesuatu, anda harus menjadi ‘penyelamat dunia’. Anda mulakan bicara secara lembut dan mulakan perbincangan dalam erti kata lain mula memujuk!

Berikan Pujian jika Pasangan Anda Membuat Perkara yang Menggembirakan Anda. Kadangkala, kita sangat cepat untuk mengkrit1k kesilapan pasangan kita tetapi lambat atau lebih teruk, langsung tidak memuji, kebaikannya.

Anda inginkan rumah tangga yang bahagia dan menyeronokkan? Banyakkan berkata “Terima kasih sebab tolong buangkan sampah”, “Baiknya suami saya ini..dia belanja makan!”, atau “Bagusnya isteri saya tolong masakkan sarapan pagi ini. Sedap sangat.”

Jangan Masuk Tidur Tanpa Menyelesaikan Masalah. Lagi satu tip rumah tangga bahagia adalah pastikan yang anda serta pasangan tidak masuk tidur tanpa menyelesaikan masalah. Apa sahaja yang mengganggu fikiran atau perasaan anda perlu diluahkan kepada pasangan.

Ia akan memupuk kemahiran komunikasi dan yang paling penting, menambah persefahaman antara satu sama lain. Malah, menyimpan perasaan semata-mata untuk menjaga perasaan adalah tidak bagus untuk kesihatan. Kalau ia dibiarkan berlarutan…takut-takut gunung berapi boleh meletup dan pasangan anda tidak tahu menahu langsung tentang punca ‘l3tupan’ anda itu. S3kian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *