“Jam 2 pagi kembalinya anak syurga” anak Shah THR Gegar akhirnya pergi menghadap Ilahi

Anak kepada penyampai radio THR Gegar, Shah yang kembali bernafas petang semalam selepas disahkan m3ninggal dunia akhirnya kembali kepada pencipta-NYA. Shah berkongsi mengenai berita duk4 tersebut menerusi kemas kini di laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira jam 2 pagi.

“Innalillahi-wainnaillahi-rojiun…27.10.2019 – 31.10.2019 jam 2am… Kembalinya anak syurga, dia nak bersama keluarga dulu, Al-Fatihah” Tulisnya.

Aliff Khalifah yang dilahirkan tiga hari lalu (Ahad) di H0spital Tuanku Jaafar, Seremban, disahkan mengalami k0mplikasi pada jntung sebelah kiri.Aliff yang dilahirkan normal semakin l3mah pada hari kedua dilahirkan dan mengalami s3sak nafas menjelang tengahari. Keadaan tersebut menyebabkan doktor membuat keputusan untuk memasang mesin bantuan pernafasan untuk Aliff yang semakin l3mah.

Namun pada jam 5 petang semalam (Rabu), keajaiban berlaku apabila Aliff yang telah disahkan m3ninggal dunia selepas mesin bantuan pernafasan dicabut, kembali hidup. Kepada Shah dan isteri, Izyan Shazana takziah dan moga dipermudahkan.Sumber: Gempak via vanilla daily

Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:Selepas 10 Minit Doktor Sahkan Meningg4l, Anak Shah THR Gegar Bernyawa Semula.Penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad meluahkan rasa syukur dengan keajaiban Allah apabila bayinya Aliff Khalifah yang telah disahkan meningg4l dunia kembali bernafas seperti biasa, lapor mStar.

“ALHAMDULILLAH… anak saya bernyaw4 semula!,”

Pada mulanya doktor mengesahkan bayinya itu meningg4l dunia kira-kira pukul 5 petang Rabu selepas alat sokongan hayat dicabut.Walaubagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian, bayi yang dipeluknya itu secara tiba-tiba memberikan tindak balas hingga mengejutkan dia dan isteri, Izyan Shazana Mazlan.

“Mula-mula saya memang harapkan keajaiban berlaku dan ternyata Allah nak tunjukkan kebesaran-Nya.

“Aliff tiba-tiba tersedak dan dia masih bernyawa… keluar suara dan dia buka mata! Saya terkejut, dia masih bernyaw4 sampai sekarang,” ujarnya.

Sebelum ini, Shah menerusi aplikasi Whatsapp berkongsi berita sedih mengenai kem4tian anaknya yang baru tiga hari dilahirkan akibat k0mplikasi pada jantung sebelah kiri.Namun begitu sejam kemudian Shah memaklumkan mengenai perkembangan terkini anaknya itu.

Dalam pada itu Shah berkata, doktor membenarkan anaknya untuk dibawa pulang meskipun masih berada dalam keadaan lemah dan sukar untuk bernafas.

“Doktor terkejut… lepas mesin dicabut, baby masih okey. Jadi doktor arahkan untuk kami bawa balik selepas bayi boleh bernafas tanpa mesin hayat.

“Alhamdulillah, saya gembira tetapi tetap takut kerana tak pasti keadaan dia selepas ini. Sebagai bapa sudah tentu saya harapkan anak saya kembali sihat. Apapun saya serahkan segalanya kepada Allah.”Sumber : Yoy network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *