Joy Revfa Belanja Pickup Line,Bersemut Habis.Ramai Kata Secocok!

Menerusi entri terkini usahawan kosmetik, Joy Revfa ada berkongsi kegembiraan bersama peminatnya.Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini memuat naik gambar bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Fahmy Reza.

Di samping itu, Joy turut mendoakan agar kekasihnya itu sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.

“My dream is to wake up next to two guys. One will say “Good Morning Syg..” and the other will say “Good Morning Ibu..”

“Miss you, b @FahmyReza will ask Allah to see you twice, once here and once in Jannah .. amin,” tulisnya.

Lantas, perkongsian Joy telah menjadi perhatian peminat.Malah, peminat turut memuji wajah Joy dengan kekasih yang kelihatan sangat secocok.Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semoga semua Joy dipermudahkan.Foto : Inst4gram Joy Revfa.Sumber : MH

Artikel berkaitan:USAHAWAN kosmetik Joy Revfa yang juga bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun menimbulkan spekvlasi di laman s0sial apabila memberi bayangan seakan-akan dirinya dirisik oleh seorang lelaki.Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, memuat naik beberapa keping foto dengan kapsyen yang memberitahu tentang sebuah majlis sedang berlangsung di kediamannya.

Namun begitu, Joy masih tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut.Pasangan itu turut kelihatan mengenakan warna pakaian yang sama iaitu merah jambu cair.

Netzen dakwa lelaki tersebut iras pelakon Fahmy Reza.Dalam pada itu, beberapa pengikut Joy mula mencari jawapan siapakah lelaki disebalik wajah yang dirahsiakan usahawan sensasi tersebut.

Segelintirnya mend4kwa lelaki berkenaan merupakan pelakon baharu yang pernah membintangi beberapa drama seperti Split, Makmum Yang Pling Aku Cinta dan Kerna Syurga Bukan Percuma iaitu Fahmy Reza.

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun did4kwa tidak sah.Masalah tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan t4lak satu terhadapnya di M4hkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama.Sebelum itu Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.-Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *