Kebaikan Kahwin Di Usia Muda

Mengelak Dari Berlaku S3ks Bebas. Bagi golongan remaja yang sudah melepasi 18 tahun, kebiasaannya n4fsu mereka mudah teransang dan membuak-buak. Apabila berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita, perasaan sayang dan nafsu akan mula timbul.

Mereka akan keluar berjalan beriringan jalan bersama, menonton wayang, berbalas mesej hingga lewat malam yang boleh menjerumus ke arah maksiat. Jika mereka sudah tertarik antara satu sama lain, seelok-eloknya eloklah dilangsungkan perkahwinan supaya tidak berlaku perkara yang tidak didendang, antaranya anak luar nikah, pembuangan bayi dan kahwin lari.

Berubah Menjadi Lebih Bertanggungjawab. Jika ketika bujang dahulu, segala usaha dan hidup kita lebih terarah kepada kita sahaja. Kepada yang datang dari keluarga berada, mungkin segala keperluan dan kemudahan sudah disediakan oleh ibu bapa anda untuk anda.

Apabila anda dan pasangan anda sudah menjengah ke alam perkahwinan, kini anda berkongsi hidup dengan pasangan anda. Adalah cabaran besar bagi yang menetap di kota metropolitan yang memerlukan kos hidup yang kita.

Ia juga akan mendatangkan cabaran yang lebih besar bagi anda dan pasangan anda yang masih belajar. Pada siang hari, anda perlu pergi ke kuliah, kemudian kemungkinan pada waktu malam anda perlu pergi ke kerja sambilan dan masa yang sama meluangkan masa dengan isteri anda. Apabila anda dan pasangan anda mempunyai anak sendiri juga memerlukan kos yang tinggi, kerana barang-barang keperluan bayi adah tinggi harganya.

Jadi apabila berlakunya situasi ini, anda dan pasangan anda mula menjadi lebih bertanggungjawab dan berusaha kerasa untuk menyara hidup anda s3keluarga. Tiada lagi masa lagi untuk berfoya-foya dan melepak bersama rakan anda. Perkara yang baik ini jika tidak diterima secara positif, ia akan menjadi satu tekanan pada remaja yang telah berkahwin.

Diri Berubah Ke Arah Kebaikan. Menjadi lumrah bagi pada sesiapa yang sudah berkahwin, pasti akan berubah menjadi seorang yang lebih positif. Pasti tabiat lama yang berunsurkan negatif seperti merempit dan melepak, lama kelamaan pasti akan terhakis sedikit demi sedikit.

Bagi yang yang beragama Islam, kesempatan yang ada ini apa kata anda dan pasangan melakukakan solat jemaah apabila ada kelapangan, secara langsung akan menyuntik suasana tenang dan harmoni. Ia akan mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan anda. Lebih awal seseorang itu berkahwin, kemungkinan besar lebih mudah untuk kita melihat perubahan diri sesorang itu bukan?

Jangan Biarkan Dijodohkan Begitu Lama. Seperti lagu Jangan Tunggu Lama-Lama yang didendangkan oleh Sweet Charity, jika anda dan pasangan anda sudah jatuh cinta antara satu sama lain, lebih elok jika anda berdua dijodohkan, tidak perlu dibiarkan tertangguh.

Tidak perlu menunggu ekonomi kalian betul-betul kukuh baru anda berdua mahu disatukan. Bagi memastikan ekonomi anda betul-betul kukuh memerlukan pengorbanan masa yang lama, bergantung kepada rezeki yang bakal telah ditentukan oleh Allah. Sumber WOM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *