Keburukan Kahwin Usia Muda

Tetapi tidak dinafikan perkahwinan di usia muda mungkin ada kontranya. Antaranya ialah Tidak Mendapat Restu Ibu Bapa. Ibu bapa mana yang tidak mahu yang terbaik buat anak-anak mereka. Pasti mereka akan terkejut dan menolak cadangan anda untuk berkahwin pada usia muda, tambahan jika anda masih sedang belajar, akan ditolak mentah-mentah permintaan anda.

Jika situasi ini berlaku, jelaskan kepada ibu bapa dahulu apa sebabnya anda mahu berkahwin. Jelaskan dan yakinkan ibu bapa anda yang anda akan terus komited dengan pekerjaan atau pembelajaran anda semasa sudah berkahwin nanti. Mungkin akan lembut hati mereka nanti.

#Jika masih mendapat tentangan daripada ibu bapa anda, sebaik-baiknya akurlah dengan permintaan mereka itu. Restu ibu bapa amat penting untuk anda terus berbahagia dan senang di masa depan.

Bosan dengan Kehidupan Berumah Tangga. Mungkin sebelum mendirikan rumah tangga, anda akan anggap diri anda bersedia untuk mendirikan tangga. Ia semata-mata untuk mengelak dari berlakunya maksiat. Jika itu berlaku, baik anda berfikir sedalam-dalamnya

Rumah tangga yang hanya berlandaskan nafsu dan tanpa cinta atau kasih sayang seperti buah yang tiada manisnya. Sebaik-baiknya berkahwinlah dengan pasangan benar-benar anda cinta supaya kemanisan berumah tangga dapat dirasai. Pastikan ikatan anda bukan atas nafsu!

Pastikan pasangan anda pilih itu memang bersesuaian dengan anda. Jangan hanya tangkap muat dan hanya cinta monyet sahaja kerana kuatir rumah tangga akan terjejas dia tiada persefahaman.

Pastikan juga anda cukup bersedia untuk menempuh alam rumah tangga. Siap sedia diri anda untuk mengorbankan segala yang anda minat atau tabiat buruk anda untuk memastikan rumah tangga anda bahagia. Sesetengah orang masih tidak bersedia untuk berkahwin kerana ingin cara hidup yang sama ketika mereka bujang.

Jika anda masih rasa sayang membuangnya, seperti melepak dengan rakan-rakan, memancing secara berlebihan atau hobi-hobi yang melampau atau tabiat-tabiat yang kurang baik, pastikan anda membuang tabiat itu atau ianya akan memberi masalah selepas perkahwinan nanti

Anda juga perlu memastikan sanggup mengorbankan diri anda untuk kerja lebih masa atau bekerja sambilan(bagi pasangan yang sedang belajar) bagi memastikan anda dapat menampung segala perbelajaan anda berdua, temasuk anak-anak.

Kesimpulan. Pelbagai perkara manis anda akan rasai apabila berkahwin. Berkahwin pada usia muda adalah antara perkara yang terpuji. Namun, pastikan anda cukup bersedia untuk menempuh alam berumah tangga ini pada usia yang muda.

Jika anda dan pasangan anda sudah bersedia dan mendapat restu kedua-dua belah pihak, berkahwinlah walaupun pada usia muda. Kecapi keindahan rumah tangga sebaik-baiknya dan pastikan rumah tangga anda kekal bahagia. Sumber wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *