Kelebihan Hari Jumaat, Penghulu Segala Hari

BAGI umat Islam, hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Sebagai umat Islam, mengerjakan solat Jumaat pada hari itu adalah satu perkara yang wajib dilakukan. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Sesiapa men1nggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa adanya uzurr (halangan yang dibenarkan secara syar’i), maka ditutuplah hatinya.”

Dalam sebuah riwayat daripada Anas bin Malik daripada Nabi Muhammad dikatakan bahawa sesungguhnya baginda pernah bersabda, “Malaikat J1bril telah mendatangiku pada hari Jumaat dengan membawa sebuah kaca (cermin) berwarna putih. Ia berkata kepadaku: “Hari ini (Jumaat) telah ditetapkan oleh Tuhanmu bagimu dan bagi umatmu sebagai hari raya.”

Nabi bertanya kepada malaikat J1bril “Keutamaan apa yang akan kami dapat pada hari ini (Jumaat)?”. Malaikat J1bril menjawab “Engkau dan umatmu akan mendapat sebaik-baik waktu, yang bagi siapa berdoa (memohon) kebaikan pada hari itu, nescaya ia akan mendapatnya.”

Dengan kata lain, Allah SWT pasti memberi kebaikan kepadanya. Jika Allah tidak memberinya dalam waktu terdekat, maka akan disimpan untuknya dengan balasan yang lebih besar daripada yang ia minta (dilipatgandakan).

Perlu diketahui bahawa dalam kalangan kami (para malaikat), hari Jumaat merupakan hari yang paling utama. Pada hari akhirat nanti, kami menyebut sebagai hari penambah kebaikan. Nabi bertanya, kenapa?

J1bril menjawab: “Kerana sesungguhnya, Tuhanmu Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung telah menciptakan sebuah lembah di syurga, yang aromanya melebihi haruman aroma kesturi putih. Pada hari Jumaat Dia akan turun dari lliyyin iaitu salah satu tempat Allah bertakhta dalam kerajaan-Nya Yang Maha Mulia, lalu muncul di hadapan para hamba-Nya yang Dia redai, hingga mereka boleh memandang wajah-Nya Yang Maha Mulia.”

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya pelaksanaan solat Jumaat dianggap belum terwakili kecuali dengan dimakmumi oleh empat puluh orang lelaki yang sudah b4ligh, berstatus merdeka (bukan hamba atau tawanan) dan penduduk tempatan.

Sebaiknya, diusahakan tempat pelaksanaan solat Jumaat itu di sebuah masjid sahaja. Kecuali di kota-kota yang cukup besar, orang ramai tidak dapat berkumpul dalam sebuah masjid.

Jika ini yang terjadi, maka boleh dilakukan dua atau tiga solat Jumaat di masjid yang berbeza, sesuai dengan tuntutan keadaan. Dua khutbah dalam solat Jumaat hukumnya wajib.

Demikian pula dengan berdirinya khatib selama berkhutbah serta duduknya antara kedua-dua khutbah, hukumnya juga wajib. Dalam khutbah yang pertama, ada empat kewajipan yang harus dipenuhi oleh seorang khatib.

Pertama, mengucapkan taklimat tahmid (pujian kepada Allah) iaitu alhamdulillah. Kedua, membacakan selawat kepada Rasulullah. Ketiga, berwasiat kepada jemaah untuk selalu bertakwa kepada Allah. Keempat, minimum membaca satu ayat al-Quran. Sumber kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *