“Kenapa tak tanya Janna atau Syafiq Kyle..”-1su RM160 000,Johan dan Ozlynn Nafi Spekvlasi Netzen

PELAKON Ozlynn terkejut dengan tuduhan bahawa suaminya, Johan meletakkan harga tinggi bagi membintangi sebuah teater yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya tidak lama lagi.Menurut Ozlynn, tvduhan itu tidak berasas kerana watak yang mereka bawa menerusi teater berkenaan hanyalah watak sampingan dan bukannya watak utama.

“Kalau ada di antara artis yang berlakon dalam teater ini dan mendapat bayaran RM160,000, ia hanya spekvlasi dan tiada bukti yang kukuh mengatakan artis itu menerima bayaran sebanyak itu.

“Kenapa tak tanya pada Janna atau Syafiq? Sebab mereka berdua leading (pelakon utama) teater itu. Kami supporting (watak sampingan) sahaja. Dialog tak banyak. Lagipun suami saya hanya penyampai radio sahaja.

“Netzen boleh cakap apa sahaja… Kalau mereka cakap begitu, saya anggap ia satu doa. Mana tahu kalau betul-betul mereka bayar kami RM160,000… ia rezeki anak,” ujarnya kepada mStar.

Nama Johan dikaitkan sebagai artis yang menerima bayaran sebanyak RM160,000 bagi menjayakan Pawana Isabella yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada pada 21 hingga 31 Ogos depan.

Jumlah itu bagaimanapun dipertikaikan sesetengah pihak yang beranggapan nilainya terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan bakat lakonan dimiliki pelawak itu.Selain itu, Ozlynn turut menyel4r tindakan netzen yang membandingkan bayaran diterima artis baharu dan pelakon veteran.

Menurutnya, seseorang pelakon itu layak dibayar dengan nilai yang lebih mahal, setimpal dengan situasi dan keadaan semasa memandangkan peranan artis dalam promosikan teater di media s0sial untuk menarik penonton.

“Kenapa nak bandingkan pelakon dahulu dengan sekarang? Zaman berubah… malah setiap benda ada kemajuan. Ia ibarat besar periuk, besarlah keraknya. Kalau nak jual tiket dengan cara yang mudah adalah menggunakan artis yang popular untuk buat promosi, review. Pada saya, harga RM160,000 itu berbaloi lah untuk dibayar kepada artis itu.

“Zaman dahulu pelakon tiada media s0sial untuk menghebahkan sesuatu perkara itu. Kita nak tahu fasal artis, kita kena beli majalah. Pokoknya, ia bergantung kepada situasi dan keperluan. Tapi kalau ada artis lain yang pertikaikan bayaran itu, kami tak boleh nak cakap apa pun… mereka tahu artis dibayar ikut populariti.

“Cuma saya pelik kenapa bila artis tempatan dibayar RM160,000 mereka beria-ia nak pertikai kan? Sedangkan artis Kpop, artis luar negara datang ke sini, sanggup bayar untuk nilai USD, kenapa netzen tak mahu pertikaikan?” katanya.

Dalam pada itu, Johan menganggap bayaran RM160,000 adalah tinggi dan hanya pelakon utama yang layak menerima jumlah terbabit.

“Saya rasa RM160,000 itu termasuk bayaran untuk semua pelakon kot. Takkan untuk saya.

“Lagipun Syafiq Kyle antara pelakon yang ada dialog paling panjang dan Janna sebab dia ada banyak scene dalam teater itu nanti.

“Sebelum ini saya tak pernah mendedahkan berapa mereka bayar dekat saya. Tak kisahlah siapa pun artis yang dapat RM160,000, kami anggap ia rezeki artis itu,” katanya.Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *