Kepentingan Susu Untuk Ibu Hamil

Baik untuk Jantung. Kalsium berfungsi untuk membuatkan jantung terus berdenyut secara berterusan dan mengepam d4r4h. Tambahan pula semasa mengandung,jantung akan bekerja lebih kerana jantung pada ketika itu berat. Maka susu untuk ibu mengandung sangat penting untuk mengelakkan risiko mendapat pelbagai penyakit jantung.

Baik untuk Sistem Imun. Sistem ketahanan tubuh (antib0di) bertindak umpama perisai yang melindungi dan menolak unsur asing di dalam badan. Oleh itu,jika si ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga mengganggu pergerakannya. Malah,sistem imun yang terganggu juga boleh memberi kesan sampingan kepada kulit seperti keradangan kulit dan jerawat

Mencegah Oste0porosis. Selepas melahirkan, kalsium sangat diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jika kalsium tidak mencukupi dalam badan, ia akan mula menyerap dari tulang dan gigi, maka kerapuhan tulang mungkin akan berlaku. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteopor0sis pada kadar lebih cepat.

Kerosakan Gigi. Kekurangan kalsium pada si ibu menyebabkan gigi mudah rapuh,berlubang,goyang dan mudah tertanggal. Faktor kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi menyebabkan si ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Malah sebab inilah kehamilan dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi.

Mengurangkan Komplikasi Semasa Meneran. Kekurangan pengambilan kalsium bagi ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. Oleh itu,susu untuk ibu mengandung yang mengandungi kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, f0lik, potasium dan lain-lain.

Mengelak Kekejangan Semasa Proses Bersalin. Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan tekanan d4r4h tinggi meningkat. S3kaligus menyebabkan berlakunya masalah masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu kerana pada ketika itu si ibu telah kehilangan banyak tenaga semasa proses bersalin.

Oleh itu,pengambilan kalsium yang secukupnya boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Bahaya Kehilangan Kalsium.Ada yang berpendapat bahawa pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas bersalin, namun ternyata tindakan tersebut adalah salah kerana sewaktu hamil,ibu hamil akan kehilangan kalsium s3kitar tiga hingga 10 peratus. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi

Sebenarnya, ibu-ibu terutamanya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot r4him yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan h4id.

Susu mengandungi kalsium yang tinggi, jadi sebab itulah ibu mengandung jangan ses3kali pandang remeh tentang kekurangan kalsium semasa hamil mahupun setelah melahirkan anak. Kena minum tau! Sumber wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *