Langkah Untuk Mengurangkan Bebanan Hutang Anda

Duit, duit, duit! Memang banyak nak pakai duit s3karang ni. Kadang-kala sampai terpaksa berhutang. Sesetengah hutang, macam pinjam RM50 dari kawan atau RM500 dari Doctor Ringgit, mungkin senang untuk dibayar balik. Tapi macam mana pula dengan hutang yang besar dan tak habis-habis macam hutang kad kredit dengan bank, pinjaman peribadi atau pun pinjaman perumahan dan kereta? Ketahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan bebanan hutang anda.

Pastikan Apa Masalah Sebenar Anda Sering Berhutang. Ada banyak sebab kenapa kita berhutang. Ada hutang yang menguntungkan, namun kebanyakannya memang merugikan. Antara sebab-sebab berikut, anda masuk kategori mana agaknya?

Sebab-Sebab Berhutang. Berbelanja lebih daripada kemampuan, meningkatkan hutang kad kredit. Ditimpa s4kit atau kem4langan, meningkatkan perbelanjaan untuk ubat-ubatan serta yuran hospital. Menimang cahaya mata pertama kadang-kala ibu bapa muda tidak sangka perbelanjaan untuk bayi baru lahir agak besar, jadi meningkatkan komitmen bulanan

Terlalu sayangkan harta benda bila tidak sanggup berpisah dengan sesuatu barang yang berharga, seperti kereta mewah atau rumah besar, walaupun sebenarnya sudah tidak mampu untuk memilikinya. Sudah bersara pendapatan bulanan berkurangan bagi mereka yang ada skim pencen, dan mungkin tiada langsung bagi kebanyakan pekerja swasta

Memulakan perniagaan mengambil pinjaman yang besar untuk memulakan perniagaan namun kemudian menghadapi masalah untuk membuat bayaran balik setiap bulan. Melayan “ketagihan” sesetengah orang “ketagih” untuk mengembangkan koleksi barangan peribadi, contohnya beg tangan, kasut, jam mahal, dan sebagainya, walaupun sebenarnya tidak mampu

Ambil Langkah-Langkah Yang Sepatutnya Untuk Mengawal Perbelanjaan. Cara paling mudah untuk meningkatkan simpanan anda agar boleh digunakan sebahagian darinya untuk membayar balik hutang adalah dengan ‘Mengawal Perbelanjaan’. Ubah fikiran serta amalam perbelanjaan anda agar tidak berbelanja lebih daripada kemampuan.

Kawal Emosi Anda. Untuk mengawal perbelanjaan anda, anda mungkin perlu mengawal emosi anda. Ini kerana biasanya perbelanjaan kita dikawal oleh emosi, terutamanya perbelanjaan yang melambangkan status kita, seperti bertukar pakaian baru dan cantik atau segak setiap minggu, atau memiliki gajet terbaru.

Kita mungkin juga berbelanja lebih kepada makanan kerana lapar, namun biasanya ia lebih mengikut n4fsu. Mungkin ini waktu terbaik untuk mula mengira kalori dan makan hanya ikut keperluan diet masing-masing berdasarkan jantina, umur serta pekerjaan seharian.

Hapuskan Hutang-Hutang Yang Tidak Berfaedah. Maksud kami di sini, hapuskan hutang-hutang yang tidak memberi apa-apa aset kepada anda. Tidak dinafikan yang kita memang perlu berhutang untuk beberapa keperluan seperti rumah dan kereta, namun kita seharusnya berusaha untuk menghapuskan hutang-hutang lain seperti hutang kad kredit dan pinjaman peribadi.

Begitu juga dengan pinjaman pendidikan – berusahalah untuk melangsaikannya sebaik sahaja anda telah tamat pendidikan di institut pengajian tinggi dan telah mula bekerja. Sumber doctorringgit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *