Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Melawan Cemburu Buta

Carilah sebabnya agar anda tahu di manakah puncanya perasaan cemburu buta itu terbit. Selain itu, cubalah untuk terbuka terhadap apa yang anda rasakan. Tetapi pastikan anda melakukannya dengan cara positif. Selalu berfikiran optimis dan postif bukan hanya boleh mengatasi rasa cemburu. Bahkan juga membuatkan hubungan cinta anda menjadi lebih harmoni.

Bina keyakinan diri. Kurang yakin terhadap diri sendiri adalah salah satu punca kepada sikap cemburu buta. Merasa sangsi terhadap pasangan kerana merasakan diri sendiri tidak hebat dan banyak kekurangan boleh meretakkan sesuatu hubungan.

Jadi, anda harus yakinkan diri bahawa anda adalah seorang yang mempunyai kualiti serta kelebihan dibandingkan orang lain. Sebelum anda berasa cemburu pada lelaki atau wanita lain, cuba berdiri di hadapan cermin dan yakinlah bahawa anda adalah orang yang paling layak untuk dicintai oleh pasangan, sehingga dia tidak akan berpaling tadah daripada anda.

Percayalah juga bahawa anda adalah orang yang benar-benar dicintai oleh pasangan anda. Berfikiran positif. Menghilangkan rasa cemburu salah satu caranya adalah dengan berfikiran positif atau ‘positive thinking’. Cuba hilangkan prasangka buruk terhadap pasangan. Tidak perlu memeriksa atau menyelidik telefon bimbit atau diari hariannya. Yakinkan pada diri sendiri, bahawa hanya anda sahaja yang berada dalam jiwanya.

Ketika anda berfikiran positif, fikiran pun akan menjadi lebih terbuka dan anda akan melihat kebaikan dan rasa kasih sayang pasangan dengan teguh, tanpa diganggu oleh prasangka yang buruk. Jangan biarkan perasaan cemburu merosak hubungan adan dengan pasangan. Jika ada orang lain mengganggu pasangan, anggap sahaja itu sebagai sesuatu yang boleh anda banggakan. Ini adalah kerana mereka hanya boleh mengganggu si dia, sedangkan anda sudah memilikinya!

Jika semua usaha telah anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu tersebut, namun tetap gagal. Mungkin sudah waktunya anda mencari bantuan profesional untuk mengatasi perasaan dan fikiran anda yang tidak rasional ini. Jangan berasa ragu atau majlu untuk meminta bantuan orang lain demi kesejahteraan hubungan cinta yang telah anda bina itu. Sumber wom

Kurang keyakinan diri dan kepercayaan antara punca masalah cemburu buta yang mengundang konflik tidak berkesudahan serta kegagalan mengawal tingkah laku sehingga mengakibatkan tragedi.

Kelemahan itu memberi kesan terhadap psikologi yang boleh merangsang seseorang menjadi agresif sama ada secara lisan mahupun fizikal terhadap pasangannya atau pihak ketiga.

Pakar s0siall, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata cemburu buta juga menyebabkan individu itu sering terhimpit konflik dalaman dan dengan orang lain. Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *