Liyana Jasmay Sudah Tidak Berhijab..Ini Kisah Sebenarnya

Seperti yang sedia maklum, pelakon Liyana Jasmay sudah mula berhijab sejak Julai 2017. Namun begitu, penampilan terbaharunya itu sering kali dikrit1k warga net gara-gara gaya pemakaian tudungnya. Biarpun begitu, Liyana tenang menerima kec4man tersebut.

Sudah Tidak Berhijab

Terbaharu, menerusi posting terbaharu nya di laman Instagram, terdapat beberapa keping gambar Liyana yang kelihatan tidak berhijab telah dimuat naik dipercayai bagi mempromosikan koleksi-koleksi baju raya miliknya. Lantaran itu, Liyana sekali lagi menjadi perhatian sehingga dikec4m kononnya sudah tidak lagi berhijab.

Gambar Lama

Meskipun terdapat kec4man, segelintir pengikut selebriti ini tampil mempertahankan Liyana. Menurut mereka, gambar-gambar yang tidak berhijab tersebut merupakan gambar lama Liyana suatu ketika dahulu.

Biarpun begitu, masih terdapat komen-komen berunsurkan kec4man terus ditinggalkan warganet yang mempersoalkan gambar tersebut dimuatnaik meskipun dia sudah berhijab. Barangkali Liyana punyai alasannya tersendiri bukan?

Baca Liyana Jasmay Tampil Bertudung

KUALA LUMPUR: Sekian lama menyimpan hasrat untuk bertudung, pelakon dan penyanyi terkenal, Liyana Jasmay, akhirnya nekad tampil dengan imej menutup aurat, hari ini.

“Sudah lama saya berfikir untuk mengambil keputusan ini (bertudung). Tetapi hari ini, ia akhirnya terdetik di hati dan saya juga panjangkan hal ini kepada mama.

“Mama menyambut baik dan berkata, kalau hati bulat ingin berbuat begitu, maka teruskan.Suami juga memanjat kesyukuran atas keputusan ini,” katanya penyanyi lagu Oh Na Na itu.Ibu kepada Selena dan Sofia Arissa itu berkata, pada hari ini juga beliau mempunyai temu janji fotografi bersama jurugambar terkenal, Pinography.

“Memang dia sudah lama nak rakamkan gambar baharu saya. Hendak dijadikan cerita, hari ini juga hari pertama saya bertudung.”Dia sendiri terkejut dan tumpang gembira,” katanya yang bakal muncul dengan filem Bella & Jamie.Sumber beritaharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *