“Maaf Haqiem.. rakam senyap2,”-Rakan naik segan bila ternampak Haqiem Rusli bangun tengah malam baca al-Quran

Bagi peminat Haqiem Rusli, mereka pasti tahu mengenai prinsip penyanyi itu yang tidak memuat naik posting bersama perempuan tidak menutup aurat di laman media sosial miliknya.

Malah Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli juga sering menyunting gambar bersama peminat sekiranya aurat mereka terdedah sebelum dikongsi kepada umum.

Terbaru, penyanyi berusia 21 tahun itu kelihatan sedang mengaji al-Quran ketika orang ramai sedang nyenyak tidur di keheningan malam.

Perkara berkenaan dikongsi oleh seorang rakannya, Sapik Sam yang terjaga dari tidur setelah terdengar alunan bacaan surah al-Mulk itu sebelum bertindak dalam diam bagi merakam sebuah video.

“Tengah lena diulit mimpi, ingatkan apa yang terang tadi pastu ada bunyi org mengaji. Toleh2 adui segan rasanya..“Waktu2 macam ni dia luangkan masanya dengan sang pencipta. Allahu.. maaf Haqiem rakam senyap2,” tulis Sapik di laman Twitter.

Rakaman berdurasi 23 saat yang dikongsi semua di Instagram radio Zayan itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan Haqiem contoh artis terbaik kerana tidak melupakan bekalan akhirat dalam kehidupan.

Semoga berjaya dunia akhirat bro!

Alhamdulillah! Seimbang dunia & akhirat

Sumber : Zayan kredit ohmymedia

Sebelum ini komposer yang sedang meningkat naik Sir Khan Danial mendedahkan sebuah band dari Indonesia, Symphony Band telah memplagiat lagu nyanyian Haqiem Rusli “Tergantung Sepi”.

Malah, katanya, lagu yang diberi judul baharu “Pergi Saja” itu cuma mengubah lirik sahaja sementara hampir keseluruhan melodi meniru lagu asalnya.

“Ramai sudah mesej saya berkenaan lagu ‘Pergi Saja’ oleh Symphony Band kejadah apa tak tahu.Lagu ini tiru sebiji melodi ‘Tergantung Sepi’ hampir 100 peratus, berapa ‘bars; jangan tanyalah dia langgar habis.

Lagu “Tergantung Sepi” nyanyian Haqiem dicipta sepenuhnya oleh Gouffran & Ibnu dan pernah memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-32 tahun lalu.

Haqiem pula hanya memberikan tanda emoji tersenyum menerusi ruangan Instastoriesnya mengulang siar kenyataan daripada Sir Khan malam tadi.

Sementara itu, lagu “Pergi Saja” dicipta oleh komposer yang dikenali sebagai Rivi mengisahkan tentang sepasang kekasih yang terpaksa berpis4h kerana menderit4 peny4kit berb4haya.

Video muzik yang sudahpun dipadamkan itu dilapor telah ditonton lebih 3,000 pengunjung YouTube sejak dimuat naik pada 8 September lalu.Sumber astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *