Manfaat Kahwin Campur

Trend kahwin campur tetap mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia hari ini. Perkahwinan merupakan sunnah Rasulllah s.a.w dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh hukum syarak. Perkahwinan juga amat digalakkan untuk memperoleh anak atau keturunan serta menjaga diri daripada melakukan perkara haram, seperti berzina dan sebagainya.

Perkahwinan campuran adalah perkahwinan antara antara agama, iaitu antara lelaki atau wanita Muslim dengan wanita/lelaki yang bukan Muslim. Perkahwinan antara agama inilah yang disebut “perkahwinan campuran”.

Apakah hukum bagi perkahwinan campur? Wanita Muslim tidak halal berkahwin dengan lelaki bukan Muslim kerana kedudukan lelaki di dalam rumahtangga adalah sebagai pemimpin atau pun ketua keluarganya dan isteri diwajibkan taat kepada suaminya. Seorang kafir atau musryik tidak boleh menjadi pemimpin dan menguasai wanita Muslim.

Perkahwinan campur kerana berbeza agama ini tetap hangat diperkatakan kerana ia berkaitan dengan akidah dan hukum. Tambahan pulaperbezaan tersebut banyak mengundang masalah daripada segi agama itu sendiri, mahupun aspek psikologi, budaya, moral dan tradisi keagamaan.

Sudah pastilah terdapat pelbagai rintangan, terutama daripada kedua belah pihak keluarga masing-masing. Masyarakat Cina adalah antara kaum yang selalu mengamalkan kahwin campur. Terdapat pelbagai manafaat daripada kahwin campur ini, antaranya;

Merapatkan Hubungan Silaturahim. Antara salah satu hikmah kahwin campur ialah ia dapat merapatkan hubungan silaturahim antara berlainan bangsa.Sebelum ini, mungkin anda tidak mempunyai kenalan atau rakan rapat daripada berlainan bangsa.

Mempelajari Budaya Bangsa Lain. Melalui kahwin campur ia akan menambahkan ilmu anda tentang bagaimana budaya kaum lain. Budaya yang dimaksudkan di sini ialah cara pemakanan, gaya hidup, pemakaian, perayaan, cara pergaulan dan pelbagai lagi aspek yang melambangkan budaya hidup sesuatu kaum itu.

Mengukuhkan Ajaran Islam. Hikmah lain untuk kahwin campur ialah ia menguatkan lagi ajaran Islam di mata dunia. Perkahwinan campur juga sebenarnya mengukuhkan lagi agama Islam secara langsung dan tidak langsung.

Apabila anda berkahwin dengan pasangan yang baru memeluk Islam (mualaf), ia akan membuatkan bilangan masyarakat Islam di dunia bertambah banyak. Ia juga mungkin akan menarik keluarga pada pasangan yang belum memeluk Islam tadi untuk memeluk Islam kerana terpaut dengan keindahan Islam.

Menghasilkan Baka yang Baik. Anak Menjadi Lebih Pintar. Apa yang sering kita lihat di depan mata kita apabila seseorang itu melangsungkan perkahwinan campur, kebanyakan anak mereka adalah insan yang pintar.

Sungguhpun perkahwinan sangat penting dalam kehidupan kita, namun kita harus bijak memilih demi keharmonian untuk membentuk sebuah keluarga yang kekal bahagia. Berdoalah supaya anda diberikan jodoh yang baik, tidak kiralah dengan orang tempatan mahupun warga ‘import’! Sumber wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *