“Muka dia sebijik macam Wawa..” -Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan

Pelakon popular, Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di H0spital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang hari ini.

Anak ketiga Wawa dan Aeril Zafrel itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya.Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Suami juga ada menemani sepanjang proses bersalin tadi.

“Keadaan bayi sihat. Insya-Allah, jika semuanya okey saya akan dibenarkan keluar dalam waktu terdekat,” katanya kepada Harian Metro.

Wawa juga melahirkan rasa syukur apabila dapat bersalin secara normal.

“Alhamdulillah, kelahiran kali ini pun dipermudahkan macam anak pertama dan kedua dulu.Saya juga akan berpantang macam biasa dan dibantu mak. Kebetulan mak memang ada di sini, jadi sedikit sebanyak membantu dan memudahkan,” katanya.

Sebelum itu Aeril turut berkongsi saat-saat Wawa Zainal dibawa ke Dewan Bersalin di Instagramnya

Terdahulu, Wawa sempat melancarkan produk kosmetik Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla minggu lalu.

Rakan-rakan artis turut bersama mengucapkan tahniah dengan kelahiran bayi pasangan tersebut.Antara k0men-k0men mereka

Malah netzen turut tidak melepaskan peluang berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.Antara k0men-k0men mereka

Sebelum ini Wawa Zainal mendedahkan bakal melahirkan anak ketiganya yang juga bayi perempuan pada awal bulan hadapan.Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 28, memberitahu dia dan suaminya pelakon, Aeril Zafrel memilih nama Ayasoffya bersempena nama sebuah masjid di Turki.

“Kami namakan bayi ini Ayasoffya sempena nama masjid berwarna biru ketika melancong di Turki.Seni bina itu sangat cantik… jadi kami buat keputusan untuk namakan dia Ayasoffya,” ujarnya kepada mStar.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Sumber : IG Wawa dan Aeril, mstar, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *