“Peminat wanita jerit sambil kel4r tangan, ada yang nak tik4m saya sebab cemburu”-Naqui Boboy kongsi detik hitam

Sebut saja nama Naqui Boboy pasti ramai tahu penyanyi ini pernah menjadi kegil4an ramai gadis sekitar tahun 2000. Bintang Gegar Vaganza 2019 ini mendedahkan ada peminat yang terlalu 0bses dengan dirinya sehingga sanggup menceder4kan diri.

Berkongsikan satu kejadian yang tidak dapat dilupakan ketika membuat persembahan di Sabah, Naqui berkata ada seorang peminat wanita datang ke arahnya sambil mengel4r kedua tangannya.

“Kejadian itu berlaku selepas saya membuat persembahan di sebuah funfair di Sabah awal tahun 2000. Ada seorang peminat wanita datang ke arah saya sambil menjerit-jerit dan mengel4r tangan kiri dan kanannya.

“Mujur ketika itu saya dihalang oleh orang sekeliling dan mereka membawa wanita itu untuk menerima rawatan. Dalam fikiran saya, siapakah dia. Nak kata bekas kekasih rasanya bukan. Nak kata kenal pun tak,” katanya kepada Astro Gempak.

Satu lagi detik hitam turut dikongsikan Naqiu dimana dia pernah hampir ditik4m oleh seorang lelaki yang cemburu dengan kekasihnya yang terlalu t4ksub dengan vokalis kumpulan Boboy itu.

“Ada satu kejadian lagi seorang lelaki datang dari arah tepi dan cuba menik4m saya. Tetapi pengawal peribadi saya menadah badannya dan pisau itu terkena padanya. Sampai dia dikejarkan ke unit rawatan rapi!

“Mujur peminat sekarang tidak ekstrim seperti dahulu dan menghormati saya dan keluarga, tidak bertindak keterlaluan dan melulu,” katanya.Sumber astrogempak kredit rotikaya

Terdahulu Naqiu Boboy berkata pujian yang diberikan juri saban minggu merupakan satu beban dan cabaran agar dia terus melakukan yang terbaik ketika beraksi di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Bagi persembahan minggu ketiga pada Ahad, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib dikatakan menyanyi seperti ‘nasi ayam’ oleh juri tetap iaitu Datul Ramli MS.

“Saya langsung tidak rasa seperti berada di awang-awangan apabila dapat pujian melambung daripada Tok Ram dan juri lain. Malah ia sebenarnya bebanan yang makin bertambah untuk persembahan minggu akan datang.

“Saya dah kena fikir untuk bawakan satu persembahan yang berbeza minggu depan, setiap minggu adalah final bagi saya jadi tiada istilah untuk saya bertenang dan merasa selesa,” kata Naqiu kepada mStar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *