Penambah Selera Anak Menggunakan Bahan Semulajadi

Berikut adalah beberapa bahan semulajadi yang boleh diambil oleh mereka yang kurang selera makan. Anggur adalah antara buah-buahan yang anda dapat berikan kepada anak dengan kerap. Buah ini memiliki zat asidik yang membantu tubuh badan mencernakan makanan dengan baik. Oleh itu, ia dikatakan dapat meningkatkan rasa lapar dan s3kaligus menaikkan selera makan.

Seperti anggur, epal juga mempunyai kandungan zat yang hampir sama dalam membantu fungsi penghadaman agar lebih efektif. Kisarkan epal dan jadikannya sebagai jus atau ‘smoothie‘ jika anak anda lebih suka memakan makanan jenis pencuci mulut. Sesetengah sayuran seperti tomato juga mempunyai kuasa untuk mengembalikan selera makan.

Tambahkan tomato segar dalam makanan yang mungkin diminati oleh anak-anak seperti pizza, spageti, atau apa-apa kuah yang boleh dinikm4ti bersama nasi. Kalau anak-anak suka memakannya begitu saja, tentulah lebih baik!

Gabungan pisang dan susu ini amat berkesan untuk memacu selera makan. Ia mengandungi enzim-enzim perncernaan yang menjadikan tubuh lebih efektif untuk memproses makanan. Jadi, badan akan bersedia untuk menerima lebih lagi makanan selepas mengambilnya.

Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan susu badam dan tambahkan sedikit halia, m4du, dan jus lemon ke dalam susu kocak ini. Wah, gabungan semua bahan-bahan ‘super food’ dalam satu gelas!

Buah-buahan kering tanpa gula atau garam berlebihan seperti kismis, kurma, buah tin, kacang badam, walnut dan kacang cerdik ‘pistachio’, adalah antara snek yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Selain itu, pengambilannya secara kerap turut mampu menambah selera anak kurang makan.

Halia mengandungi sejenis cecair yang mampu mempertingkatkan fungsi penghadaman. Ia juga membantu membuang gas dalam badan yang dihasilkan semasa proses penghadaman.

Cara paling mudah untuk diberikan kepada anak ialah dengan memasukkan hirisan kecil dalam masakan anda. Dalam kuantiti yang sedikit, ia mampu menaikkan rasa dan menjadikan makanan seperti sup dan bubur ayam lebih beraroma.

Jika anda terfikir untuk membelikan vitamin untuk anak anda, sebenarnya anda boleh membuat pes semulajadi dengan gabungan halia, lada hitam, dan jus lemon. Pes ini diadun dan diambil semasa perut kosong setiap hari. Insya Allah, anda akan dapat melihat kesannya dalam masa 15 hari.

Beberapa jenis herba lain turut memiliki manfaat yang setara dengan halia dalam membantu proses pencernaan. Lada hitam adalah salah satu daripadanya. Ia membantu usus untuk membuang ‘angin’ yang menjadi penyebab anak kurang makan.

Herba kayu manis bukan saja boleh ditambah pada makanan berlauk, ia turut memberi kesedapan dalam kuih, roti, kek, minuman, serta banyak lagi pencuci mulut. Selain kayu manis, kebanyakan herba dan sayuran lain yang berasa pahit seperti halba, peria, buah tunjuk langit membantu hempedu penghasilan jus pencernaan dalam badan. Sumber siraplimau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *