Petanda Korang Sebenarnya Berpacaran Dengan Lelaki Buaya Darat

Jatuh cinta dan menjadikan seorang lelaki playb0y merupakan antara perkara paling teruk boleh dihadapi oleh seorang wanita. Lelaki mi4ng yang tidak jujur dengan perasaan sendiri dan juga memperbod0hkan orang lain ini kebiasaannya memang tak memasang niat untuk terus kekal dengan korang. Tapi apa yang menggerunkan ialah mereka mempunyai pelbagai helah untuk mengelak daripada kelakuan j1jik mereka itu ditangkap.

Jadi kali ini remaja ingin kongsi 5 petanda penting yang korang boleh perhatikan sama ada si dia merupakan seorang playb0y atau tidak. Jika ada salah satu petanda ini maka berjaga-jagalah. Mungkin korang kini terlalu hampir berada di depan mulut buaya.

Bercerita perihal semua ex-gf adalah psiko. Semasa mula-mula berkenalan dengan korang mungkin inilah yang mereka akan kongsikan. Di dalam ceritanya kesemua bekas teman wanitanya yang bersalah dan berperangai psik0. Walhal hakikatnya kesemua mereka meningg4lkan dia disebabkan perangai playb0y. Orang begini selalunya memang tak akan nampak salah sendiri dan suka menunding jari kepada orang lain.

Jarang berhubung bila berjauhan. Tak kiralah sama ada dua hari atau dua minggu, jika berada jauh dia tidak akan ses3kali menghubungi korang. Namun bila dia balik segalanya seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku malah dia boleh berlagak normal. Dan jika dia perasanb korang marah pun dia akan minta maaf dan anggapnya sebagai perkara kecil. Atau paling melucukan beri alasan bateri telefon rosak.

Tak membalas mesej selepas jam 8 malam. Bila bangun tidur dan buka mata sahaja berderet mesej yang dihantar olehnya. Namun ia berbeza apabila malam menjelma. Dia seolah-olah berubah menjadi orang lain. Dan bila ditanya dia akan beri alasan penat dan tidur awal. Walhal di laman s0siall media korang tahu dia asyik memberi komen dan likes foto gadis-gadis lain. Paling teruk dia juga ada kemungkinan sedang melayan orang lain menerusi penaggilan telefon.

Risau dengan pandangan orang lain. Okay, firstly korang jangan salah anggap. Ya, nasihat daripada kawan-kawan sendiri sememangnya sangat penting. Namun adakah perlu jika ingin membuat mereka berasa kagum semata-mata? Mengapa pandangan mereka sangat penting sehinggakan boleh menjejaskan hubungan korang berdua. Jelas di sini dia merupakan seorang yang sangat inscure dan mungkin juga seorang playboy nyata.

“awak bukan seperti yang lain”. Bagi seorang playboy apa yang korang fikirkan tentang dirinya sangat penting. Dia mahu korang melihatnya sebagai seorang jejaka yang baik dan jujur. Kadang-kadang mudah merajuk disebabkan korang berasa ragu-ragu akan kelakuannya. Untuk meyakinkan korang dia juga akan selalu berkata korang tak sama dengan bekas kekasihnya terdahulu. Walhal itulah mekanisme mempertahankan dirinya dari segala penipuan sendiri. Sumber remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *