Petanda Si Dia Mula Main Kayu Tiga

Kekasih atau pasangan anda main kayu tiga? Jom kenali ciri-ciri pasangan anda main kayu tiga! Setiap hari pasti pasti ada sahaja kes-kes perc3raian yang melibatkan pasangan yang sudah berkahwin kedengaran . Tidak kira ia melibatkan pasangan selebriti mahupun pasangan yang hidup biasa dan makan gaji.

Rata-rata punca perc3raian yang melanda di negara ini ialah kerana pasangan hidup ( kebanyakannya lelaki) main kayu tiga di belakang pengetahuan pasangannya. Jika pasangan itu tidak bercerai s3kalipun, ia akan membuat rumah tangga akan ditimpa badai yang besar.

Pasangan bermain kayu tiga ialah apabila pasangan itu cur4ng dan mencintai orang lain dengan tanpa pengetahuan pasangan hidupnya. Bagi mengelakkan pasangan anda terus cur4ng sehingga boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, pastikan tanda-tanda awal pasangan sudah mula bermain tiga dengan anda. Antara tanda pasangan sudah mula bermain kayu tiga ialah:

Mula Mengabaikan Anda. Si dia tidak lagi tertawa bersama ada. Bahkan lebih sering menunjukkan wajah seriusnya dan mungkin dia akan mengalami ‘bad mood’. Saat berbual bersama, si dia juga bersikap acuh tak acuh dan enggan menatap mata anda.

Sebaliknya lebih tertarik dengan perkara-perkara lain dan mengalihkan matanya daripada memandang mata anda. Ini adalah salah satu petanda si dia sedang menyembunyikan sesuatu dan tidak ingin anda ‘membaca’ kebohongan yang terlihat dalam matanya.

Si dia juga sudah tidak seperti dahulu…. tidak akan ambil tahu apa yang anda buat di pejabat, ketika rehat mahupun apa yang anda buat di rumah. Awas! Ini adalah antara tanda-tanda awal pasangan anda sudah mula bermain kayu tiga dengan anda.

Kerap Keluar Rumah. Ini juga salah satu tanda pasangan anda bermain kayu tiga dengan anda. Tidak salah jika pasangan anda kadang kala untuk keluar rumah untuk merehatkan minda dan berjumpa rakan-rakan mereka, itu adalah perkara lumrah. Tambahan bagi lelaki yang sudah berkahwin, mereka perlukan ruang untuk bersendirian s3ketika.

Namun, jika pasangan anda kerap kali keluar rumah dengan alasan untuk berjumpa rakan-rakan, seeloknya anda selidik gerak geri dan tingkah laku pasangan anda. Apatah lagi, jika pasangan anda keluar dengan memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang bergaya seperti keluar bersama-sama dengan anda ketika sebelum dan awal perkahwinan anda bersama dengan dia.

Telefon Bimbit Sentiasa di Tangan. Ya, inilah antara tanda yang sering kita dapat lihat bagi pasangan yang bermain kayu tiga. Jika dahulu apabila sudah sampai di rumah, dia pasti kurang bermain dengan telefon bimbitnya, malah langsung tidak menyentuh telefon kerana ingin menghabiskan masa dengan rumah dengan melakukakan aktivit-aktivit lain.

Namun, berjaga-jaga jika pasangan anda sudah mula menghabiskan dan membawa ke mana sahaja telefin bimbit kepunyaannya walaupun untuk s3ketika pergi ke tandas. Dia akan kerap menyelinap s3ketika untuk berbual telefon dengan alasan, mahu berbincang perihal kerja. Malah dia akan kerap tersenyum apabila membalas mesej melalui telefon.

Tolak Pelawaan Anda untuk Keluar Bersama. Ini juga satu titik permulaan kepada tanda pasangan anda sudah mula curang dengan anda. Dahulu, ketika mula-mula bercinta, dialah yang kerap mengajak dan memujuk anda untuk keluar bersama untuk menonton wayang, makan malam dan ingin kerap menghabiskan masa dengan anda. Sumber wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *