Petua Lebatkan Rambut

Petua Lebatkan Rambut. Rambut yang cantik, sihat dan lebat tentu sahaja menjadi impian. Baik untuk diri anda sendiri mahupun untuk anak-anak.Jika anda mempunyai anak yang masih kecil, berusia lima bulan ke atas dan rambutnya masih belum tumbuh dengan lebat, baca artikel ini.

Berikut ini WOM.my berkongsi beberapa petua semulajadi untuk melebatkan rambut anak anda.Setiap bulan, rambut bayi akan tumbuh seperempat inchi. Biasanya rambut bayi akan mengalami kerosakan selama dua hingga tiga bulan.

Rambut bayi cukup berbeza dengan rambut orang dewasa. Ini adalah kerana rambut bayi masih lemah dan sangat memerlukan nutrisi,zat dan juga vitamin yang cukup agar pertumbuhan rambut bayi tersebut menjadi lebih cepat.

Ketika anak anda masih bayi, anda tidak boleh menggunakan sembarang produk, rambut. Sebaliknya disarankan untuk menggunakan produk perangsang pertumbuhan rambut yang berbahan semulajadi seperti di bawah untuk kebaikan kulit kepala bayi yang sangat sensitif.

Petua Lebatkan Rambut Anak Yang Boleh Anda Cuba. Pertama, Khasiat Buah Keras. Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah-rempah. Minyak buah keras memiliki banyak khasiat buat rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semulajadi.Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda hingga ke hujung rambut.

Kedua Guna M4du. M4du secara semulajadi juga mampu untuk melebatkan rambut. Bahkan menjadikan rambut semakin kuat dan tidak mudah rosak. Caranya cukup mudah, sebelum memandikan bayi anda, sapukan m4du ke kulit kepala hingga ke hujung rambutnya sambil mengusap lembut kepalanya. Biarkan s3ketika, setelah itu barulah dimandikan.

Ketiga Manfaat Lidah Buaya. Lidah Buaya bukan setakat melebatkan dan menghitamkan, tetapi dapat juga melembutkan rambut bayi anda. Tekniknya sama sahaja seperti anda menggunakan m4du.

Keempat Rahsia Daun Seledri. Daun seledri juga berkhasiat untuk melebatkan rambut terutama rambut bayi. Ambil segenggam daun seledri, kemudian kisar sampai lumat. Kemudia ramas dan ambil sari airnya sahaja. Buang hampasnya, dan ambil air tersebut dan sapukan pada kulit kepala. Biarkan beberapa saat agar meresap.

Setelah kering cucilah sehingga bersih. Lakukan secara rutin sehingga berhasil. Rambut nipis, halus atau sukar untuk tumbuh akan terangsang tumbuh, lebat dan tebal. Sumber wom. Sudah baca dan fahami? Apa kata anda? Jangan lupa like dan share artikel jika anda rasa ia bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *