“Pusing2 jumpa juga…”Setelah 13 tahun,1ni reaksi Erra Fazira Dan Yusry KRU

Siapa tak kenal, suatu ketika dahuku pasangan popular dua selebriti ini iaitu Yursy Abd Halim dan Erra Fazira pernah menjadi trending kerana keserasian dalam lakonan dan pentas nyanyian bersama. Umum sedia maklum bahawa kedua-dua mereka pernah bergelar suami isteri dan telah menjayakan banyak filem bersama.

Namun, selepas hampir 13 tahun mereka bepisah secara baik dan tidak pernah digandingkan bersama lagi. Baru-baru ini, setelah sekian lamanya mereka berdua bertemu dalam satu pentas yang sama secara professional!

Kedua-dua figura tersebut bersama-sama terlibat dengan rancangan terbaru, All Stars Buka Panggung (ASBP). Yusry merupakan peserta, manakala Erra Fazira adalah juri utama.

Pada Jumaat lepas, mereka bertemu semula di atas pentas ASBP, tetapi masing-masing bersikap profesional untuk tidak mencampur adukan hal peribadi dengan kerja.

Pasti ada yang mula mengimbau nostalgia zaman ketika mereka masih lagi bersama. Walau bagaimanapun, bagi Yusry, menyifatkan pertemuan bersama bekas isterinya adalah disebabkan tuntutan kerja dan tidak perlu dijadikan satu isv.

Begitu juga dengan Erra, dia menyambut baik kehadiran Yusry dalam rancang tersebut dan sudah dapat menjangka bahawa mereka akan tetap bertemu memandangkan berada dalam industri yang sama.

Terbaik & wajar dicontohi

Dapat diperhatikan, kedua-dua mereka bijak mengawal situasi untuk tidak kelihatan kekok apabila pertama kali digandingkan semula di atas satu pentas. Rata-rata netzen, juga memuji sikap profesional yang ada pada mereka.Sumber : Budiey Channel

Info tambahan.Erra Fazira pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi rock, Awie pada tahun 1996, sebelum pvtus pada hujung 1998. Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercer4i pada 16 Jun 2006.

Ikatan perkahwinan keduanya bersama Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sekali lagi berakhir dengan perpis4han pada 18 Februari 2014. Bagaimanapun hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya pada Mac 2009.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *