R1P Sir..Pemergian Atuk Dalam V1de0 Youtube ‘Grandpa Kitchen’ Sentuh Hati Netzen

Dengan jutaan pengikut di Y0utube, rasanya siapa yang tak kenal dengan atuk dalam saluran Y0utube ‘Grandpa Kitchen’. Beliau ni sangat famous dengan video masakannya yang sedap-sedap dan sering hidangkannya kepada anak-anak yatim dalam jumlah yang ramai.

Namun rata-rata netzen hari ini bersedih kerana Narayana Reddy, 73 tahun dari Telangana, India dilaporkan telah meningg4l dunia. Nampaknya tak dapat lah tengok atuk ni masak-masak lagi

Berikut antara k0men sedih daripada netzen di Twitter. Ramai yang bakal merindui video-video masakan daripada atuk Narayana. RIP sir.

Lelaki warga emas yang digelar sebagai ‘Granpa’ menjadi perhatian ramai kerana kaedah masakan yang santai, serta kemuliaan hatinya yang menyediakan juadah makanan untuk anak-anak yatim dan penduduk kampungnya.

Jatuh s4kit pada hari Ahad, tiba-tiba tak bangun pada hari Isnin

Menurut Deccan Herald, pada hari Ahad lepas, Narayana telah meminta ahli keluarganya membawa dia ke doktor kerana berasa tak sihat. Tapi tak pula mereka sangka, ini detik-detik akhir hidup tukang masak tu.

“Dia selalu bangun sebelum waktu subuh pada setiap hari. Namun pada hari Isnin, atuk saya tak bangun awal dan pada saat itulah saya sedar dia sudah tiada,” kata salah seorang ahli keluarganya.

Selain daripada membuat video masakan, Narayana juga mengajar pada hari Sabtu dan Ahad di Doddaballapura dekat daerah Bengaluru, India.

Pemergian Grandpa satu yang menyedihkan, rata-rata pengikutnya turut terkesan dengan pemergian ‘Granpa’ kerana lelaki itu disifatkan sebagai seorang yang pemurah yang sanggup berkongsi makanan dengan golongan yang memerlukan.

Kini, tidak dapat lagi kita menonton video masakan ‘Grandpa’ di Youtube, tetapi jasa dan kebaikan hatinya akan selalu dikenang sampai bila-bila dan menjadi inspirasi.Semoga perkara yang dilakukannya ini menjadi inspirasi buat kita semua.Sumber lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *