Rezeki Dan Kebahagiaan Bukan Hanya Dalam Bentuk Wang

Wang bukanlah satu-satunya cara dimurahkan rezeki sebabnya ia datang dalam pelbagai bentuk yang mungkin anda terlepas pandang! Rezeki sebenarnya bukan hanya datang dalam bentuk duit semata-mata. Tapi ada lagi cara lain yang boleh dikategorikan sebagai murah rezeki. Contohnya rezeki berkahwin, rezeki ada anak, rezeki beli rumah, rezeki beri orang tua duit dan lain-lain.

Kalau nak disenaraikan tentang rezeki ini, memang banyak dan ia datang dalam pelbagai bentuk serta cabaran. Namun, ia terpulang kepada penerimaan seseorang itu tentang rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Murah rezeki lepas berkahwin. Selepas kahwin, pastinya Allah buka pintu rezeki sebab ia bukan datang bentuk wang ringgit semata-mata. Ada orang lepas kahwin hidup bahagia bukan kerana wang, namun mereka tetap rasa tenang dan duit sentiasa cukup. Selain itu, anak juga rezeki.

Kalau dulu masa bujang hidup seolah kucar-kacir, tapi lepas kahwin hidup lebih teratur sebab ada isteri tolong semuanya terutama bab makan dan pakaian. Untuk isteri pula, lepas berkahwin, ada teman untuk mengadu kesyunyian dan berkongsi rasa. Ingat, itu juga satu rezeki.

Jika dahulu kalau demam, seorang diri tanggung tapi bila sudah berkahwin ada orang tolong jaga. Suapkan ubat dan tolong sapu minyak angin. Ha… itupun juga rezeki. Kalau dulu pergi sana sini seorang diri saja tapi kini sudah berteman. Kalau dulu, tukar tong gas sendiri saja buat, tapi lepas kahwin suami tolong tukarkan.

Kalau dulu solat selalu lambat, tapi bila sudah kahwin malu rasanya jika nampak isteri solat lebih awal. Lama-kelamaan, anda juga terikut sama solat awal seperti isteri. Ia juga rezeki untuk berubah ke arah lebih baik.

Murah rezeki, Bersyukur dan hargai pasangan. Sebenarnya banyak lagi rezeki datang dengan pelbagai cara yang mungkin kita tak sedar. Maka bersyukur dan hargai pasangan anda serta lengkapi kekurangan yang ada. Ingat, konsep rezeki itu sangat luas dan bukan bergantung pada wang ringit semata-mata.

Jangan bebankan diri dengan pinjaman peribadi untuk kahwin. Nak pesan juga untuk anda yang belum berkahwin, jangan ses3kali buat pinjaman peribadi untuk majlis kahwin mewah hingga membuatkan anda terbeban dek kerana hutang yang satu itu. Bayangkan anak masuk tadika pun hutang anda belum tentu habis bayar lagi!. Renung-renungkanlah ya… S3kadar perkongsian dan pandangan untuk kebaikkan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *