Sabarlah Sayang….Baru 4 Jam Tak Main Dah Tak Keruan

Pelakon Nora Danish ada memuat naik sekeping gambar ketika dia bersama suaminya, Nedim Nazri atau sinonim dengan panggilan Bossned di akaun Inst4gram miliknya.Kongsi Nora, hobi suaminya itu bermain aplikasi permainan popular, PVBG.

“Abam #pvbg. Hati tidak keruan, jari jemari menggeletar…. nak tekan button temb4k, telinga pula rindu mendengar bunyi langkah berlari di Sanhok.

“Bibir tebal Itu , rindu nak bergelak ketawa dengan geng #pvbg NED For life dia !!!! Sabar la sayang… baru 4 jam tak main, u can do this !!!

“isteri pun Nak ketawa ketawa ngan u…. bagi la sikit masa emas mu itu….. , p/s : I love u hubs. Pls don’t Marah me. Hahah.,” tulisnya.

Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Puteri itu mendapat perhatian daripada peminat.

Rata-rata peminat berasa terhibur apabila membaca kata-kata yang dikongsi oleh Nora.Foto : Inst4gram Nora DanishSumber : Media Hiburan

Artikel berkaitan:Selepas tiga tahun menyulam cinta pasangan sensasi Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya bergelar suami-isteri dengan dua kali lafaz pada malam Khamis 30 Mac 2017.Pasangan itu disatukan pada sebuah majlis tertutup kira-kira pukul 8.37 malam di Glasshouse at Seputeh, dekat sini tanpa liputan media.

Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 36, dan Nedim dinikahkan oleh jurunikah Khairul Asyraf Ahmad dan pengantin perempuan turut menerima mas kahwin berjumlah RM300 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Nora kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih daripada koleksinya sendiri iaitu Owl By ND.Pernikahan mereka turut disaksikan oleh kaum keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.Nora berkata, majlisnya itu diadakan secara sederhana selain bersifat peribadi buat dirinya dan suami.

“Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang dibuat secara besar-besaran, namun untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana.

“Tidak semestinya majlis sederhana itu tidak meriah. Kami memilih cara ini kerana ia lebih peribadi dan intim,” katanya dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Tambah Nora, seperti mana pasangan berkahwin lain, dia dan Nedim berharap perkahwinan itu akan kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.Ditanya mengenai cahaya mata, Nora memberitahu dia tidak menolak sekiranya diberikan rezeki.

“Ia seperti impian jadi nyata dengan penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu momen ini untuk disatukan dengan belahan jiwa.

“Harap semua dapat doakan kebahagiaan saya dan suami,” katanya.

Untuk rekod, ia adalah perkahwinan kedua buat kedua-dua pasangan itu.Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 8 tahun.Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *